Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Baru 4 Bulan Nikah, Isteri Fikry Ibrahim Nafi Guna Isu Cerai Untuk Lariskan Produk

by Puteri Alia
July 28, 2025
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal Fikry Ibrahim, iaitu Siti Khalizah Alihan tampil menafikan dakwaan yang mengatakan isu fail cerai yang melibatkan rumah tangga mereka digunakan sebagai taktik untuk melariskan produk perniagaan yang bakal dilancarkannya.

Menerusi sebuah siaran langsung di TikTok, Khalizah menegaskan bahawa keputusan memfailkan perceraian bukanlah dibuat dalam keadaan terburu-buru, sebaliknya merupakan satu bentuk ujian daripada Allah terhadap mereka sebagai suami isteri. Menurutnya, tiada siapa mahukan sesuatu yang buruk menimpa perkahwinan yang dibina, lebih-lebih lagi apabila melibatkan sebuah ikatan yang disertai harapan untuk bahagia.

Mengakui dirinya bukan sempurna, Khalizah turut menolak tanggapan bahawa segala yang berlaku adalah semata-mata untuk kepentingan komersial. Malah dia berkata, sebagai seorang manusia yang tahu hukum dan batas dalam agama, perceraian bukanlah sesuatu yang dipermainkan.

Dalam sesi yang sama, Khalizah turut meluahkan kesedihan apabila netizen seolah-olah mempersoalkan keikhlasannya dalam menghadapi kemelut rumah tangga, sedangkan dia sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan demi kebaikan semua, terutama anak perempuan mereka. Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak sepenuhnya dalam isu ini, malah mengakui mungkin ada kelemahan dari pihak dirinya sendiri.

Tambahnya lagi, persepsi luar tidak akan mengubah hakikat sebenar yang hanya diketahui oleh dirinya dan Fikry. Mereka memilih untuk tidak membuka aib rumah tangga kepada umum walaupun pelbagai spekulasi mula tersebar. Khalizah mengingatkan bahawa setiap hubungan ada ujian dan sekiranya jodoh masih panjang, dia tetap bersyukur. Namun jika sebaliknya, itu adalah takdir yang perlu diterima dengan reda. Dia juga menyedari banyak komen negatif diterimanya sejak berita mengenai permohonan cerai itu tersebar.

Topik Berkaitan "Saya Rasa Cukuplah Setakat Ini"- Rumah Tangga Fikry Ibrahim Bergolak?

Isu ini bermula apabila Khalizah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Jun lalu bagi sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap Fikry atas alasan tiada lagi persefahaman. Peguam yang mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq, memaklumkan bahawa anak guamnya masih terbuka untuk berbincang dan mencari jalan perdamaian.

Namun, kurang daripada 24 jam kemudian, Fikry pula membuat kenyataan bahawa kehadiran isterinya ke mahkamah sebenarnya bertujuan untuk menarik semula permohonan tersebut. Perkahwinan pasangan ini yang baru sahaja berlangsung pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah nyata mengejutkan ramai apabila diuji sedemikian rupa dalam tempoh singkat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fikry ibrahim
Share20Tweet13SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Spotlight

5 Sebab School of Stars Wajar Masuk Watchlist, Drama Universiti, Cinta Dan Persaingan!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Drama remaja biasanya sinonim dengan kisah cinta, persahabatan dan konflik cinta tiga segi. Tetapi bagaimana pula jika semuanya digabungkan dengan...

Read moreDetails
Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara