Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Berhenti Ganggu & Hina Pondan, Beri Sokongan”- Eric Paulsen

by Zaidin Albert
January 31, 2018
Lawyers for Liberty executive director, Eric Paulsen listens to a question during an interview with The Malaysian Insider at his office in Petaling Jaya on September 3, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Lawyers for Liberty executive director, Eric Paulsen listens to a question during an interview with The Malaysian Insider at his office in Petaling Jaya on September 3, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Share on Facebook

Isu hangat dan sensasi mengenai usahawan kosmetik yang terkenal telah curi tumpuan media sehingga melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan orang ramai terhadap kekeliruan identiti jantinanya.

Umumnya golongan transgender yang dilabel sebagai ‘Mak Nyah’ yang paling terdedah kepada gangguan dan berilah mereka sokongan daripada hanya mengherdik dan merendah-rendahkan mereka.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen , menganggap isu sebegini terlalu meleret seolah-olah seperti tiada isu lain yang lebih besar.

“Isu jantina ini … seperti isu terbesar negara,” katanya dalam laman Facebooknya di laman Facebooknya. Beliau meneruskan: “Sekiranya isu-isu Nur Sajat benar-benar menjadi topik perbualan di negara ini? Cuba pertimbangkan!”

Menurutnyna, kes Nur Sajat sebenarnya satu isu yang dibangkitkan semula walaupun ia sebenarnya bukanlah isu baru di negara kita. Golongan transgender di Malaysia sering disalah ertikan dan disampaikan dengan cara salah dalam media.

Walaupun isu sebegini kurang popular dalam media Inggeris, kebanyakan kandungan yang dikeluarkan oleh media Melayu sering menggunakan kata ganti jantina yang salah atau istilah penghinaan apabila merujuk kepada orang transgender seperti ‘Pondan’.

Liputan berita tidak seimbang

Berita mengenai isu transgender banyak dipengaruhi sudut pandangan konservatif yang diketengahkan pihak media, sama ada melalui laporan mereka atau artikel pendapat.

Golongan LGBT sering dipersalahkan dan berkaitan dengan penyebaran HIV/AIDS malah dilabel sebagai musuh nilai tradisi dan Islam.

Liputan positif yang diberikan kepada komuniti transgender terlampau sedikit, hanya dengan beberapa penerbitan komen atau kenyataan aktivis atau organisasi transgender di dalam portal berita Bahasa Inggeris.

Topik Berkaitan [VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- "Datang Support Pun Dah Cukup Happy"

Sebaliknya, laporan berita Bahasa Melayu lebih fokus kepada menggalakkan kebencian terhadap komuniti transgender, dan pada masa sama juga mengetengahkan kejayaan rehabilitasi golongan transgender melalui agama.

Contoh terbaik yang boleh dilihat adalah liputan media pada April 2016 kepada Safiey Ilias, seorang wanita transgender dan usahawan yang sudah beruah semula menjadi “lelaki” dan mengumumkan hasratnya bertindak sebagai idola kepada transgender lain”

Tindakan ini menarik perhatian Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai hal ehwal Islam, dan juga media arus perdana. Cerita “kejayaan” Safiey digunakan untuk memberi tekanan kepada wanita transgender lain untuk “berubah”, termasuklah rakan usahawan Nur Sajat.

Bagaimanapun, Safiey menarik balik keputusan beliau pada September tahun sama, namun keputusan ini tidak menerima liputan meluas di media.

Pada masa kini pula, blogger yang terkenal dengan buruk lakunya, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo, berulang kali mendakwa Nur Sajat sebagai seorang transwanita yang mengakibatkan Jakim mengambil langkah untuk menentukan jantinanya.

Tetapi mengapa berita mengenai pencapaian dan kejayaan golongan transgender tidak mendapat liputan meluas sama seperti isu jantinanya?

Tambah Eric lagi,  komuniti transgender hanya ingin hidup seperti orang lain, dan diberi hak sama seperti yang kita nikmati, menjalani kehidupan mereka, bekerja, mempunyai kehidupan peribadi dan melakukan aktiviti harian tanpa perlu bimbang tentang diskriminasi dan gangguan.

Topik Berkaitan [VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- "Datang Support Pun Dah Cukup Happy"

Sumber FMT

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
eric paulsennur sajatpapagomopondansafiey illiassir azritansgendertransgender
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Spotlight

4 Drama Baharu TV AlHijrah Ini Bawa Cerita Islamik Dengan Cara Berbeza

by Phic ARMAN
September 11, 2026

Kalau anda fikir kandungan Islamik hanya berkisar tentang ceramah atau kisah agama yang serius, mungkin sudah tiba masa untuk ubah...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG...

Read moreDetails
China
Spotlight

3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini “Tiru” Filem ‘Fifty Shades of Grey’

by Nurul A.
September 4, 2026

Siri drama China yang ditayangkan di Netflix, 'The Early Spring', telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sehinggakan ada...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara