Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Bukan Calang-Calang! Café BLD Renaissance Johor Bahru Diiktiraf Restoran Terbaik

by Phic ARMAN
June 21, 2026
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya Johor terus membuktikan reputasinya sebagai syurga makanan! Kali ini, restoran Café BLD yang terletak di Renaissance Johor Bahru Hotel berjaya merangkul anugerah Best Restaurant pada Majestic Johor Food Award 2026.

Pengiktirafan berprestij itu disampaikan sempena World Chef Championship 2026 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, sekali gus mengiktiraf komitmen Café BLD dalam menyajikan pengalaman kulinari terbaik kepada para pelanggan.

Sebagai restoran utama hotel berkenaan, Café BLD terkenal dengan gabungan hidangan tempatan Johor, sajian antarabangsa serta sentuhan kreatif yang sentiasa diperbaharui. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai yang ingin menikmati pengalaman menjamu selera yang berbeza.

Anugerah tersebut diberikan berdasarkan beberapa kriteria termasuk kualiti makanan, kepuasan pelanggan, kecemerlangan perkhidmatan serta pengalaman menjamu selera secara keseluruhan. Café BLD turut diiktiraf kerana berjaya mengekalkan standard tinggi dalam industri makanan dan minuman di Johor.

Menurut Pengurus Besar Renaissance Johor Bahru Hotel, Shibil Malik, kemenangan itu merupakan hasil usaha seluruh pasukan yang sentiasa komited memberikan pengalaman terbaik kepada para tetamu.

“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini adalah bukti kepada semangat, kreativiti dan dedikasi pasukan kulinari serta perkhidmatan kami yang sentiasa berusaha mencipta pengalaman menjamu selera yang bermakna buat para tetamu,” katanya.

Bagi MURAI, kejayaan ini membuktikan bahawa industri kulinari Johor semakin mendapat perhatian di peringkat lebih tinggi. Dengan gabungan cita rasa tempatan dan layanan bertaraf antarabangsa, tidak mustahil Café BLD akan terus menjadi antara destinasi wajib singgah bagi pencinta makanan yang berkunjung ke Johor Bahru.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
7
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Café BLDRenaissance Johor Bahru HotelShibil Malik
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Tak Perlu Terbang Ke Taiwan, Taiwan Taste Lab Bawa Cita Rasa & Budaya Ke KL

by Phic ARMAN
August 29, 2026

Pernah terfikir nak rasa vibe Taiwan tanpa perlu naik flight? Kalau ya, mungkin ini masa yang sesuai untuk singgah ke...

Read moreDetails
Foto- Ouji
LifeXplore

“Harumnya Merdeka Bersama-Sama”, 1Utama Tawar Pengalaman Penemuan Haruman Sepanjang Minggu

by Nurul A.
August 24, 2026

Sempena bulan Merdeka ini, Ouji menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kegembiraan dan kebersamaan melalui acaranya, "Harumnya Merdeka...

Read moreDetails
Tarikan Terengganu Kini Lebih Mudah Diakses
LifeXplore

Terengganu Kini Lebih Mudah Diterokai Dengan redBus

by Phic ARMAN
July 24, 2026

Kalau sebut redBus, mesti ramai terus terbayang platform tempahan tiket bas. Tapi kali ini, redBus tampil dengan misi yang lebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Kena Tuntutan TNB Sampai RM25K? Ramai Baru Tahu Ada Cara Buat Aduan Secara Rasmi

by Phic ARMAN
August 4, 2026

Satu perkongsian di media sosial kini hangat diperkatakan apabila seorang individu mendakwa ibunya menerima surat tuntutan daripada Tenaga Nasional Berhad...

Read moreDetails
LifeXplore

Siti Nurhaliza Pun Terjebak Dengan Galaxy Z Fold8, Apa Yang Buatkan Biduanita Negara Ini Tertarik?

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Kalau sebut nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kita memang lebih biasa melihat beliau di atas pentas, dalam studio rakaman atau...

Read moreDetails
Resort World Awana
LifeXplore

Hanya 1 Jam Dari KL, Resort World Awana Destinasi Terbaik Untuk Musim Cuti Sekolah!

by Nurul A.
August 4, 2026

Bagi pembaca yang mencari lokasi percutian yang tenang atau mahu lari daripada kesibukan kota, MURAI cadangkan Resort World Awana di...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau tengok media sosial sejak kebelakangan ini, nama Wan Izzana Fatimah Zabedah dan Adam Radlan Adam Muhammad antara yang mencuri...

Read moreDetails
Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
Pavilion kl
LifeXplore

Pavilion KL Dinobatkan Sebagai “Rakan Kongsi Strategik Terbaik”

by Nurul A.
September 13, 2026

Pavilion Kuala Lumpur (KL) telah dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Terbaik oleh Ant International di acara Voyage 2026. Pengiktirafan ini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara