Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Duit Tak Pulang-Pulang” — Wanita Kecewa Ditipu Penjual Online

by Nix
May 21, 2026
via Magnific /@airdone

via Magnific /@airdone

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman mengecewakan selepas mendakwa menjadi mangsa penjual tidak bertanggungjawab dalam urusan pembelian makanan secara dalam talian.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati selain mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berurusan di internet.

Bermula Dengan Niat Ingin Membeli Barangan Sukar Dicari

Menurut individu tersebut di Reddit, dia pada awalnya membuat tempahan makanan daripada seorang penjual selepas mendapati barangan berkenaan agak sukar diperoleh ketika musim perayaan.

Penjual terbabit dikatakan memaklumkan masih mempunyai lebihan stok dan bersetuju untuk menjual beberapa kotak makanan kepadanya.

Pembayaran kemudian dibuat seperti diminta.

Scammer in Malaysia tiktok
byu/skr_158 inmalaysia

Namun selepas itu, penjual mula memberi alasan bahawa proses penghantaran mungkin tergendala kerana tempoh operasi syarikat penghantaran yang terhad menjelang musim perayaan.

Walaupun dimaklumkan barangan mungkin lewat tiba, pembeli berkenaan tetap bersetuju untuk menunggu dan meminta agar pesanan diteruskan.

Namun tidak lama kemudian, penjual secara tiba-tiba mencadangkan supaya tempahan dibatalkan dan wang dipulangkan sepenuhnya.

Janji Pulangkan Wang Tetapi Terus Beri Alasan

Apa yang lebih mengecewakan, menurut wanita itu, proses pemulangan wang yang dijanjikan tidak pernah berlaku sehingga hari ini.

Pada mulanya, penjual mendakwa transaksi pemindahan gagal dilakukan kerana had transaksi bank telah mencapai limit bulanan.

Topik Berkaitan Buka Akaun ASNB Untuk Tengok Result? Arahan Kepada Pelajar Undang Perdebatan

Pembeli itu kemudian memberi ruang dan menunggu sehingga bulan berikutnya seperti diminta.

Bagaimanapun selepas membuat susulan sekali lagi, alasan lain pula diberikan.

Antaranya termasuk masalah transaksi, tiada wang mencukupi serta mendakwa belum menerima gaji.

Lebih mengecewakan, wanita tersebut mendakwa penjual masih aktif menerima tempahan lain sepanjang tempoh itu, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan untuk memulangkan wang pelanggan.

“Saya bukan marah sangat sebab jumlah duit itu, tapi sebab terlalu banyak peluang dan masa diberikan untuk dia berlaku jujur,”

Netizen Anggap Isu Buyer Protection Semakin Penting

Meninjau ruangan komen, ramai netizen berpendapat orang ramai seharusnya mengelakkan urusan pembelian di luar platform rasmi yang mempunyai perlindungan pembeli.

Menurut beberapa pengguna media sosial, masih ramai yang mengambil mudah soal keselamatan transaksi dalam talian walaupun pelbagai kes hampir sama sering dikongsikan sebelum ini.

Ada juga yang menegaskan bahawa urusan pembayaran terus kepada individu tanpa orang tengah atau sistem perlindungan boleh meningkatkan risiko penipuan.

“Kalau tiada sistem perlindungan pembeli, jangan teruskan transaksi. Lagi-lagi kalau diminta bayar terus ke akaun peribadi,”

Selain itu, terdapat pengguna yang berkongsi pengalaman sendiri apabila pembeli atau penjual cuba mengelakkan sistem pembayaran platform.

Semata-mata mahu menjimatkan caj tertentu, sedangkan sistem tersebut sebenarnya diwujudkan untuk melindungi kedua-dua pihak.

via Reddit /@Medium-Celery-1587
via Reddit /@Fahmieyz
via Reddit /@iotaquantum

Orang Ramai Disaran Lebih Berhati-Hati

Dalam era pembelian digital yang semakin meluas, pengguna disaran supaya lebih berwaspada sebelum membuat sebarang pembayaran, khususnya kepada individu yang tidak dikenali.

Topik Berkaitan Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

Antara langkah yang boleh dilakukan termasuk:

  • Menggunakan platform yang mempunyai perlindungan pembeli
  • Elakkan transaksi terus ke akaun peribadi
  • Pilih kaedah pembayaran yang boleh dijejak
  • Simpan segala bukti perbualan dan transaksi
  • Berhati-hati dengan tawaran yang terlalu murah atau terhad

Sesetengah netizen turut mencadangkan agar mangsa membuat laporan kepada pihak berkaitan sekiranya wujud unsur penipuan atau kegagalan memulangkan wang seperti dijanjikan.

Kesedaran Pengguna Kini Semakin Tinggi

Perkongsian seperti ini menunjukkan masyarakat kini semakin berani berkongsi pengalaman buruk sebagai peringatan kepada orang lain.

Walaupun nilai kerugian mungkin tidak besar, isu melibatkan kepercayaan dan kejujuran dalam urusan jual beli tetap memberi kesan kepada pengguna.

Dalam masa sama, ia juga menjadi peringatan bahawa sikap terlalu mudah percaya tanpa langkah keselamatan boleh membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Di sebalik kemudahan membeli-belah secara dalam talian, pengguna tetap perlu bijak menilai risiko agar pengalaman membeli tidak berakhir dengan penyesalan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
1
Weary
Weary
1
ditipupersonal shoppersuara netizen
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

KLCC Bakal ‘Tenggelam’? Projek Baharu Ini Cetus Perdebatan, Ramai Tak Puas Hati

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Pemandangan Menara Berkembar Petronas atau KLCC sememangnya antara imej paling ikonik apabila bercakap tentang Kuala Lumpur. Namun, kemunculan sebuah projek...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara