Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Foto Mimi Lana Didakwa Bercium Dalam Kelab Dikaitkan Dengan Merqeen, Anna Jobling Minta Tanya Pada Tuan Badan Sendiri

by Puteri Alia
September 13, 2023
Share on Facebook

Enggan lagi terheret dalam khabar angin membabitkan bekas teman tapi mesranya Meerqeen dan aktres Mimi Lana, pelakon Anna Jobling bertegas bukan tanggungjawabnya untuk bercakap mewakili hero Melur Untuk Firdaus itu.

“Dia tak ada kena mengena dengan saya. Kalau nak tahu apa yang jadi, kena tanya kepada orang yang terlibat,” katanya.

“Dah sampai masa, saya rasa macam ini kali terakhir saya jawab isu yang melibatkan dia (Meerqeen). Bukan tanggungjawab saya untuk cakap mewakili dirinya,” ujar Anna.

Mahu khalayak lebih memberi fokus terhadap kerjaya seninya, pelakon berusia 23 tahun itu menjelaskan, urusan kedua-dua selebriti (Meerqeen dan Mimi Lana) berada di luar pengetahuannya yang kini sibuk menjalani penggambaran.

“Sebenarnya saya tak ada komen apa-apa fasal apa yang berlaku sebab saya sendiri pun tak tahu ‘details’ atau apa yang terjadi.

“Saya dekat sini (Bali) jalani penggambaran sahaja sepanjang masa dan nak fokus karier saya yang masih panjang lagi perjalanannya.

“Ada banyak lagi perkara belum saya capai dalam hidup. Saya harap semua orang lebih beri perhatian pada kerjaya, bukan situasi yang berlaku,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu, tumpuan kini hanya kepada hal diri sendiri serta keluarga.

Ditanya mengenai ketiadaan gambar aktor terbabit dalam Instagram mahupun platform X termasuk bahan promosi Melur Untuk Firdaus, Anna menyatakan segala hantaran dalam media sosial tiada kaitan dengan mana-mana individu.

Tegas selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu lagi, orang terdekat dalam kehidupannya sedia maklum dia tidak akan membuat naik isu peribadi untuk sebagai perkongsian umum.

Sebelum ini tular video dalam beberapa platform menunjukkan aksi dua individu di sebuah pusat hiburan didakwa selebriti popular yang sedang menjalani penggambaran bersama-sama.

Karel Susanteo Kekasih Baru Anna Jobling? Ini Jawapannya...

Kontroversi itu disyaki mempunyai kaitan dengan Meerqeen apabila Anna menaikkan ciapan ‘puzzle completed’ selain memadamkan foto bersama aktor tersebut.

Selama ini, walaupun menolak dakwaan wujud hubungan istimewa dengan Meerqeen, ramai mendakwa hubungan mereka sebenarnya lebih daripada sahabat.

Anna JoblingmerqeenMimi Lana
https://lomp.at/jnixg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Foto - @johanarrifasari (IG)
Lokal

[VIDEO] Hanya Bekerja 14 Hari Untuk ‘Mat Kilau’, Johan As’ari Dedah Jumlah Bayaran

by Nurul A.
April 15, 2026

Pendedahan pelakon Johan As'ari menerusi temu bualnya di podcast 'Nada Bermakna' yang dihoskan oleh Iddin Ramli telah mengejutkan ramai. Menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

VIDEO Fouziah Gous & Keluarga Beraya Dengan Zahid Hamidi Curi Perhatian Peminat, – “Cantiknya Rumah”

by Zaidin Albert
April 9, 2026

MURAI tertarik dengan satu perkongsian video yang kini tular di TikTok, dimuat naik oleh pelakon dan usahawan terkenal, Fouziah Gous....

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara