Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Insta Story David Beckham Diambil Alih Oleh Gadis Indonesia. Ini Hasilnya!

by Phic ARMAN
March 29, 2018
Share on Facebook

Siapa tak kenal dengan bintang popular David Beckham. Segala hal tentang jejaka ini sentiasa menarik perhatian netizen di seluruh dunia. Bermula dari hal karier sampai kehidupan peribadinya terus jadi tumpuan.

Terbaru, agak mengejutkan apabila Beckham memberitahu Insta storynya akan diambil alih oleh seorang gadis yang berasal dari Indonesia.

Foto: IG David Beckham

Yang pastinya, pengumuman ini menjadi tanda tanya, siapakah gerangan gadis itu yang berjaya mencuri hati suami kepada Victoria Beckham ini.

Namun selepas itu, Beckham kembali menjadi perhatian netizen menerusi akaun Instagramnya. Beberapa jam lalu Beckham memuatnaik sebuah post di akaun Instagramnya @davidbeckham. Post tersebut berisikan 4 foto di mana dalam keempat foto tersebut dia terlihat duduk berdampingan bersama seorang gadis!

Dalam post tersebut Beckham menulis,

“Inilah Sripun, gadis 15 tahun berasal dari Indonesia. Saya gembira untuk memberitahu kalian bahawa Sripun akan mengambil alih Instagram story saya besok. Saya tidak sabar mendengar cerita tentang hidupnya di Indonesia dengan kalian semua dan bagaimana dia berdepan dengan kkes buli di sekolahnya” – katanya

Foto: IG David Beckham

Terlihat dari pakaian seragam yang dikenakan, Sripun adalah salah satu pelajar Sekolah menengah di Semarang, Indonesia.

Pada hari ini (29 Mac 2018) Sripun telah memuatnaik video kehidupannya di sekolah dengan menggunakan Instagram akaun milik Beckham. Ternyata Sripun sangat gembira bersama teman-teman dengan merakam video yang dipaparkan dalam Insta Story.

Topik Berkaitan Konflik Dengan Menantu, Victoria Beckham Dedah Status Terkini Mereka- "Awak Pasti Menjengkelkan..."

Pantau Kes Buli

Legenda bola sepak dunia itu mengunjungi Indonesia bagi memantau perkembangan badan kebajikan diasaskannya, 7 Fund, memerangi kes buli di negara yang menyaksikan satu dalam tiga pelajar diserang secara fizikal di sekolah.

Foto: IG David Beckham

Menurut laporan dari Reuters, bekas ketua pasukan boleh sepak England itu melancarkan dana untuk melindungi remaja paling lemah dunia pada 2015 dengan agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Beckham, bapa kepada empat anak, berkata beliau berharap anaknya akan berbangga dengan 7 Fund, yang juga mempunyai projek di Indonesia, Nepal, Uganda dan El Salvador.

Sumber IG David Beckham

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
david beckham
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara