Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kejutan Besar Bila Trailer VOLDEMORT: Origins of the Heir Mula Tersebar

by Soph Azz
May 31, 2017
Share on Facebook

Ini merupakan berita gembira buat para pengikut filem sekuel fantasi adaptasi dari novel nukilan J.K. Rowling, Harry Potter! Lebih mengujakan, sudah ramai yang tidak sabar menunggu pengumuman tarikh tepat tayangan filem ini.

Ya, siapa yang tidak kenal dengan ahli sihir paling jahat Voldemort.

Sebuah syarikat produksi bebas, Tryangle Films dikhabarkan bakal menerbitkan sebuah filem genre fantasi berjudul Voldemort: Origins of the Heir tidak lama lagi. Produksi ini seolah-olah ingin mencabar kredibilitinya untuk menghasilkan filem gempak yang berkait rapat dengan watak jahat “He Who Shall Not Be Named” atau lebih dikenali sebagai Lord Voldemort berlandaskan bajet serdehana.

Tom Morvolo Riddle. Sumber: InUth.com

Menurut teaser yang dimuat naik ke laman Youtube, ia bermula dengan watak seorang lelaki bernama Tom Riddle iaitu seorang graduan dari Hogwarts, tiba-tiba menghilangkan diri dan dikatakan telah membunuh ramai orang sebelum menukar dirinya menjadi Voldermort si ahli sihir jahat seperti yang dikenali ramai menerusi Harry Potter.

Sumber: Youtube

Biarpun begitu, ramai peminat Harry Potter menjadi bingung kerana trailer pertama filem ini yang dimuat naik kelmarin telah dipadamkan serta-merta atas beberapa hal yang mengelirukan kerana filem Voldemort ini tiada langsung kaitan dengan Warner Bros mahupun J.K. rowling.

Tom Riddle, watak sebagai pelajar di institusi Hogwarts yang akan bertukarmenjadi Voldermort seperti digambarkan dalam Harry Potter. Sumber: stuff.co.nz

Biarpun pihak penerbitan telah mengesahkan bahawa filem ini tiada kena mengena dengan lanjutan dari filem ilham J.K. Rowling, ramai peminat tetap dapat menghidu tentang beberapa watak yang sebenarnya pernah wujud dan disebutkan dalam Harry Porter.

[VIDEO] Siri Harry Potter: HBO Original Lancar Teaser Pertama & Umum Tarikh Tayangan Rasmi

Seperti perempuan yang bermonolog dalam trailer tersebut, Grisha McLaggen Jnr telah mengaku dirinya adalah waris Gryffindor walhal dalam filem J.K. Rowling sendiri Harry Portervadalah waris sebenar Gryffindor manakala, watak McLaggen cumalah seorang ahli dalam pasukan quidditch Gryffindor.

Watak Grisha McLaggen Jnr. Sumber: Youtube

Jelas sekali, filem ini bakal menjadi kontroversi. 

Sehingga kini, tiada lagi kata putus dari pihak Warner Bros mahupun J.K. Rowling. Sebaliknya Pengasas Tryangle, Gianmaria Pezzato dan Stefano Prestia pula diminta untuk bersuara mengenai kecelaruan ini.

P/s: Hmm… jangan kena saman sudah sebab suka-suka curi ilham dari Harry Porter.

Tonton Teaser Filem VOLDEMORT: Origins of the HEIR

YouTube video

SUMBER

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
filemFilem FantasiGrisha McLaggen JnrHiburanJ.K. RowlingTom Morvolo RiddleTrailer Voldemort: Origins Of The HeirTryangle FilmsvoldemortWarner BrosWatak Filem Harry Potter
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara