Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Sebab Inilah Solekan ‘No-Makeup Look’ Paling Sesuai Untuk Majlis Kahwin

by Lisa Ghani
February 15, 2023
Foto - Vogue

Foto - Vogue

Share on Facebook

Kalau kamu lihat Meghan Markle, Tun Aminah, Alia Bhatt, Kiara Advani, apa persamaan mereka pada hari perkahwinan?

Bukan busana perkahwinan tetapi solekan yang dikenakan mereka. Solekan ‘no-makeup look’ yang memberi impak kepada keseluruhan penampilan raja sehari.

Solekan natural bukan bermakna bebas riasan cumanya ia lebih light secara keseluruhan. Cara kamu mengenakan eyeshadow, blusher, gincu dalam warna yang dekat dengan tona kulit. Solekan ini boleh dikatakan cantik malah nampak semula jadi serta manisnya pada raja sehari.

Bukan sahaja cantik, solekan ini paling sesuai untuk majlis kahwin. Lagi pula majlis kahwin yang diadakan di negara kita. Kenapa? Inilah nak dikongsikan…

Cuaca panas di Malaysia

Foto – Pinterest

Kita tahu negara kita 90% adalah cuaca panas. Jadi, memakai asas ringan dapat membantu kulit bernafas dan kamu tidak perlu risau akan solekan cair dan sebagainya.

Kamu kelihatan lebih muda

Foto – IG @aliabhatt

Ciri semula jadi kamu lebih menarik apabila kamu menggunakan warna yang tidak terlalu tebal. Contohnya feature seperti freckles ditonjolkan untuk menambahkan seri. Atau untuk kelainan aplikasikan highlighter pada tulang pipi atau mungkin lip gloss di bibir.

Sangat klasik

Foto – Vogue India

10 tahun dari sekarang, kamu tidak perlu cringe lagi bila melihat gambar perkahwinan, lagi-lagi trend solekan. Kamu sebenarnya akan kelihatan seperti diri kamu sendiri, yang menjadikannya kekal abadi.

Pilihan perkahwinan diraja

Foto – Vogue

Lihat sahaja solekan Meghan Markle ketika hari bahagianya, sangat ringkas sehinggakan freckles masih jelas kelihatan. Meghan hanya memberi tumpuan pada solekan mata untuk memberi kesan dramatik. Begitu juga Tun Aminah, di mana beliau sangat fokuskan pada kening dan maskara, selebihnya hanya solekan nude biasa.

Bagaimanapun cara solekan kamu, ingat bahawa kamulah yang paling cantik pada hari bahagia tersebut.!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
no-makeup lookperkahwinansolekan kahwin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara