Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Kesiannya… 3 Selebriti Ini Dulu Popular Tapi Akhirnya Jadi Gelandangan

by Zaidin Albert
August 11, 2020
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Sememangnya bergelar seorang selebriti sering digambarkan dengan kehidupan mewah dan kaya raya. Namun, ada beberapa selebriti di dunia yang hidupnya berubah secara drastik dan jatuh ke dalam kemiskinan. Tak percaya bukan?

Ada yang tinggal di pembetung dan tiada tempat tinggal menjadi gelandangan. 3 Selebriti  ini pernah menjadi sangat popular pada zaman kegemilangan mereka. Ikuti kisah mereka seperti yang Murai MY rangkumkan dari pelbagai sumber.

Nastasia Urbano

Salah satu model yang paling popular di Sepanyol pada tahun 1980-an adalah Nastasia Urbano.

Murai MY pernah mengeluarkan sebuah artikel tentang selebriti ini.

BACA:Dari Supermodel Paling Mahal Kini Jadi Gelandangan. Ini Kisahnya!

Sebelumnya, Natasia Urbano adalah merupakan seorang selebriti yang pernah menjadi penghias muka depan majalah Vogue. Model terkenal ini dapat memperoleh harga USD 1 juta hanya dalam 20 hari bekerja.

Dilaporkan dari Dailymail, Natasia Urbano kini kehilangan tempat tinggal dan tidur di jalanan berhadapan dengan bank di ibu kota wilayah Catalonia di Timur Laut Sepanyol.

Tai Manusanan Pandee

Artis dari Thailand, Tai Manusanan Pandee baru-baru ini menjadi tumpuan. Saat namanya popular, Tai Manusanan Pandee terlibat dengan kemalangan dan kekasihnya terkorban.

Kematian kekasihnya menyebabkan dia mengalami kemurungan dan ketagihan dadah. Dia juga ditangkap beberapa kali kerana kecurian dan penyalahgunaan dadah pada tahun 2016 dan 2018.

Ketagihan dadah selama bertahun-tahun membuatkan kewangan Tai Manusanan Pandee merosot sehingga dia kehilangan tempat tinggal.

Pada 23 Julai 2020, saudaranya yang berusia 81 tahun menemui mayatnya terbaring kaku di sebuah rumah, kawasan Surasak, Thailand. Kejadian berlaku pada pukul 10 pagi waktu tempatan ketika mayat wanita berusia 33 tahun itu terbaring di atas katil.

Tai Manusanan Pandee kelihatan sakit sepanjang minggu sebelum kematiannya, tetapi selalu menolak ketika dia ingin dibawa ke doktor. Seperti yang dilaporkan oleh The Pattaya News, tidak ada tanda-tanda kekerasan di tubuh wanita itu. Namun, punca kematian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis.

Jenni Lee

 

Wanita ini adalah antara artis terhangat dan berjaya dalam industri filem porno pada zaman kegemilangannya. Tetapi pada tahun 2009 dia mula bersara sebagai bintang porno dan akhirnya memilih kerjaya dalam bidang modeling.

Namun, beberapa waktu lalu, menurut Mirror, Jenni Lee ditemui hidup dan tinggal di pembetung di Las Vegas sepanjang 200 batu.

Sangat menyedihkan apabila membaca bahawa kehidupan artis telah berubah secara drastik di atas!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tai Manusanan Pandee
Share25Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara