Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Makan Dalam Sungai Sambil Layan BBQ? BBQ Lamb KL Kemensah Port Paling Unik Di KL

by Farah Fatihah
May 3, 2026
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dah bosan makan di restoran biasa dan nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain, BBQ Lamb KL Kemensah ialah sebuah restoran berkonsep BBQ yang terkenal dengan pengalaman makan yang unik di dalam sungai. Terletak di kawasan hijau Kampung Kemensah, restoran ini terkenal dengan konsep unik “river dining” di mana anda boleh menikmati hidangan BBQ sambil merendam kaki di dalam aliran sungai yang jernih.

Suasana alam semula jadi yang tenang, bunyi deruan air, dan udara segar menjadikan pengalaman makan di sini bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga menenangkan jiwa.

Pengalaman Makan Dalam Sungai

@bbqlambklkemensah

BBQLAMBKLKEMENSAH IS A UNIQUE AND EXOTIC SECRET LOCATION NEAR THE NATIONAL ZOO MALAYSIA, AMPANG SELANGOR. CONCEPTED AS A MODERN PICNIC DINING WITH YOUR WIFE AND CHILDREN AND YOUR BEAUTIFUL FAMILY. APPRECIATE THE TIME YOU HAVE WITH YOUR WIFE AND CHILDREN. CREATE THE BEST MEMORY WHILE ENJOYING YOUR FOOD, PLAYING IN THE AIR BUKIT RIVER AND SERVING CHILDREN, HAVING FUN CATCHING FISH AND EXPOSING CHILDREN TO THE SCIENCE OF NATURE, FLORA AND FAUNA, APPRECIATING THE RIVER AND THE ENVIRONMENT AND NATURAL HABITAT.#jomsambutbirthdaybbqlambklkemensah #happybirthday #TahunBaruLuarBiasa #gathering #review #bbqlambklkemensah #uniqloholidayshoppingfestival#makan #fyppppppppppppppppppppppp #makanan #viraltiktok #viralvideos #family #alam

♬ original sound – Bbq Lamb KL Kemensah – Bbq Lamb KL Kemensah

Apa yang membezakan restoran ini dengan tempat lain adalah konsepnya yang benar-benar luar biasa. Meja dan kerusi disusun terus di dalam kawasan sungai cetek, membolehkan pengunjung makan sambil kaki direndam air sejuk yang mengalir. Rasa nyaman itu memang sukar digambarkan, lebih-lebih lagi pada cuaca panas di Malaysia. Kalau tak mahu basah, jangan risau kerana terdapat juga ruang berbumbung untuk keselesaan kalian.

Pelbagai Pilihan

Dari segi makanan, BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan pelbagai pilihan hidangan BBQ yang sesuai untuk semua selera. Antara menu popular termasuk set campuran daging seperti kambing, ayam, itik dan lembu yang diperap dengan rasa istimewa. Set hidangan biasanya lengkap dengan nasi, sup, buah-buahan, serta minuman refill tanpa had. Untuk yang datang berkumpulan, set seperti Mix Meat Platter memang berbaloi dan mengenyangkan.

Port Santai Untuk Keluarga & Kawan-Kawan

@bbqlambklkemensah

“Rabu dah sampaiii! 💃 Kita OPEN hari ni (22/10/2025) dari 12PM–6PM 😋 Semalam Selasa rehat sikit sebab Isnin dah buka sempena Deepavali 🎆 So jom datang makan tepi sungai — suasana chill, makanan padu 🔥 #bbqlambklkemensah #makanbest #rilektepisungai#BBQLambKLKemensah #healingwithbbqlambklkemensah

♬ suara asli – Bianconeri Gank – BianconeriGANK

Tempat ini memang sesuai untuk pelbagai jenis outing sama ada family gathering, sambutan hari jadi atau  lepak bersama rakan-rakan. Kanak-kanak pula pasti seronok dapat bermain air selepas makan. Bonusnya, mereka pun kurang ‘melekat’ dengan telefon kerana lebih fokus bermain dalam sungai.

Lokasi Strategik

Menariknya, restoran ini terletak tidak jauh dari Zoo Negara Malaysia. Jadi kalian boleh rancang satu hari penuh aktiviti  iaitu dengan melawat zoo terlebih dahulu, kemudian singgah makan sambil ‘cool down’ di sungai. Kalau nak aktiviti lebih mencabar, terdapat juga lokasi ATV berhampiran yang boleh kalian cuba.

Tips Penting Sebelum Datang

Sebelum kalian merancang untuk ke sini, ada beberapa perkara yang perlu ambil tahu:

  • Wajib buat tempahan awal kerana tempat sangat terhad, terutama hujung minggu.
  • Deposit sekitar RM100 diperlukan untuk booking.
  • Pakai pakaian yang cepat kering (Elakkan jeans tebal)
  • Kawasan parkir agak terhad, jadi datang awal.
  • Laluan ke restoran sedikit sempit dan berliku, jadi berhati-hati ketika memandu.

BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan pengalaman makan yang bukan sahaja unik, tetapi juga memberi peluang untuk healing. Walaupun mungkin ada kekurangan kecil dari segi fasiliti, pengalaman makan dalam sungai itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan kunjungan kalian berbaloi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
1
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ampangbbq lamb kl kemensah
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
pavilion bukit jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Mid-Autumn Bersama “Moonlight Glow”

by Nurul A.
September 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow– Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27...

Read moreDetails
LifeXplore

Rolex No.1, MR DIY Pun Masuk Top 100 Retail Asia: Anda Agak Ranking Berapa?

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Kalau sebut MR DIY, apa yang terus terlintas di fikiran anda? Kedai penuh barang, harga mampu milik dan ayat klasik,...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Ada ‘Good News’ Untuk Pelajar Di Malaysia, Galaxy Tab S12 Pada Harga Lebih Murah

by Phic ARMAN
October 7, 2026

Kalau sekarang anda seorang pelajar, cuba bayangkan satu peranti yang boleh digunakan untuk catat nota dalam kelas, siapkan assignment, buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Tawar Tambang Menarik Ke 60 Destinasi, A350 Kini Terbang Setiap Hari Dari KL

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Sudah lama simpan impian nak bercuti ke Eropah, Timur Tengah atau destinasi jauh? Tiket belum book sebab harga macam selalu...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
LifeXplore

COMB-AT: OSK Group Ajak Orang Ramai ‘Sental’ Pantai Balok, 68.75kg Sampah Berjaya Dikumpul

by Phic ARMAN
August 22, 2026

Pernah tak kita berjalan di tepi pantai, menikmati angin laut dan pemandangan cantik, tapi tiba-tiba ternampak botol plastik, tali atau...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara