Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Bila Filem Munafik 2 Dikutuk & Dibenci, Ini Respon Maya Karin

by Phic ARMAN
September 17, 2018
Share on Facebook

Aktres Maya Karin tidak muncul dengan sebarang filem selama lebih tiga tahun sehinggalah dia ditawarkan sebagai watak Sakinah dalam filem Munafik 2. Dipetik dari Kosmo, kesediaannya menerima tawaran berkenaan terletak kepada kepercayaannya terhadap reputasi rumah produksi itu dan juga kualiti filem arahan Syamsul.

Namun, kemunculan semula Maya membuahkan hasil dengan kejayaan filem Munafik 2 meraih kutipan RM40 juta selepas 17 hari tayangan.

View this post on Instagram

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi, masih ada segelintir penonton yang mengkritik Munafik 2 dengan pelbagai andaian buruk. Dipetik dari Utusan, sedar akan hal itu, Maya mengakui keliru dengan sesetengah orang yang membenci Munafik 2 tanpa sebarang sebab yang kukuh.

“Ada yang mengutuk filem ini seperti kami melakukan kesalahan besar. Tidak ada seinci pun kebaikan dalam filem ini pada pandangan mereka. Kenapa jadi begitu?

View this post on Instagram

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

“Komen yang ditinggalkan juga tidak adil untuk produksi sedangkan masih banyak perkara positif yang boleh diambil. Jika tidak suka kepada cerita, lihat pada sudut teknikal,” tambahnya.

Walaubagaimanapun, Maya tak peduli dengan segala kritikan yang diterima. Dia mengangap mereka ini sekadar golongan minoriti, hanya satu persepuluh sahaja dan tidak menjejaskan sedikitpun. Nisbah selebihnya, masih ramai yang menghargai mereka dan ini dibuktikan dengan jumlah sambutan yang diterima di pawagam.

Munafik 2 yang juga filem ke-40 terbitan Skop Productions Sdn Bhd dibintangi barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi. Menurut BH Online, pengarahnya, SYamsul Yusof, merancang memasuki pasaran Hong Kong dan Vietnam.

“Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia
maya karinmunafik 2Syamsul Yusof
https://lomp.at/spf8o
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara