Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pakya Tinggalkan Dunia Hiburan, Tumpu Kerjaya Baru Sebagai Mutawif Sebelum Menutup Mata

by Puteri Alia
July 25, 2024
Share on Facebook

Pelawak terkenal, Ilya Senario, baru-baru ini meluahkan hasratnya untuk meninggalkan kerjaya dalam bidang hiburan bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya baharu sebagai mutawif.

Ilya, atau nama lengkapnya Ilya Buang Shaharum, 57, kini sedang menjalani kursus selama tiga bulan sebagai persediaan sebelum bergelar mutawif.

“Pada usia begini, saya fikir ingin bekerja yang lebih dekat dengan agama dan Tuhan. Saya pun ada terfikir sampai bila hendak naik pentas buat lawak. Mungkin saya masih lagi akan berlawak, tetapi kali ini dengan kumpulan yang berbeza,” kata Ilya, yang mesra dipanggil Pak Ya.

Mengulas mengenai keputusannya untuk meninggalkan kerjaya sebagai selebriti dan beralih kepada mutawif, Ilya berkata, hal itu sudah lama difikirkan oleh dirinya. Keinginan untuk menunaikan ibadah haji juga menjadi dorongan besar dalam memilih kerjaya ini.

“Saya sebelum ini ingin membuat ibadah haji, tetapi tidak berkesampaian kerana masih belum giliran. Walaupun sudah membuat rayuan, tetapi masih gagal. Kalau boleh, saya ingin menjejaskan kaki ke Tanah Suci sebelum menutup mata. Jadi apabila dapat tawaran ini, saya fikir ini satu peluang besar untuk saya lebih banyak beribadah,” jelas pelakon filem *Sumpahan Syaitan* itu.

Ilya, yang aktif membuat persembahan pentas komedi dengan kumpulan Sepahtu, berkata dia akan membawa jemaah pertama pada 4 Disember depan.

“Insya-Allah, saya akan bergelar mutawif dan bakal membawa jemaah pertama pada 4 Disember depan. Mungkin dalam rombongan pertama nanti saya lebih kepada menghiburkan mereka kerana belum jadi mutawif sepenuhnya sebab masih pelajar praktikal,” katanya lagi.

Sebagai mutawif, Ilya akan membantu, memberi nasihat, serta memudahkan dan melancarkan perjalanan ibadat jemaah di Tanah Suci.

Keputusan Ilya untuk menukar haluan kerjaya ini merupakan satu langkah besar dan berani, menunjukkan kesungguhannya dalam mendekatkan diri kepada Tuhan dan memberikan perkhidmatan yang bermakna kepada para jemaah.

Ilya Senario, yang telah mencipta nama dalam industri hiburan sebagai anggota kumpulan pelawak Senario, kini sedang meniti jalan baru yang lebih spiritual.

Keputusannya untuk beralih kepada kerjaya sebagai mutawif adalah satu transformasi yang pasti akan memberikan impak positif bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada mereka yang akan dibimbingnya di Tanah Suci.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Pakya sepahtusenariosepahtu
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Penyanyi Mexico
Spotlight

Penyanyi Mexico Tuai Kecaman, Tampil Gayakan Korset Dada Lelaki

by Nurul A.
November 19, 2026

Di Anugerah Grammy Latin 2026, penyanyi Mexico Sofia Monroy telah menarik perhatian dengan korsetnya yang menyerupai badan lelaki. Penampilannya itu...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

“Sampai Besar Anak Ingat?”- Ain Edruce Persoalkan Isu Mak Ayah Bergaduh Depan Anak

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Pergaduhan suami isteri bukan perkara asing dalam kehidupan berumah tangga. Namun, apabila konflik berlaku di hadapan anak-anak, sejauh mana perkara...

Read moreDetails
Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara