Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Patah Kaki Kanan! Lee Kwang Soo Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

by Khai Azfar
February 19, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat peminat rancangan realiti Running Man, berita yang mengejutkan mengenai salah seorang tonggak utama rancangan itu, Lee Kwang Soo ternyata membuatkan ramai yang risau mengenainya.

Patah Kaki Kanan 

Ini kerana Kwang Soo dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu. Berikutan itu, pelakon berkenaan telah mengalami patah pergelangan kaki kanan dan terpaksa melakukan pembedahan semalam.

Berita itu disahkan sendiri oleh agensinya, King Kong by Starship menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mereka.

“Pada petang Sabtu (15 Februari), kereta yang dinaiki Kwang Soo telah dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat.

“Bagaimanapun kemalangan itu tidak serius namun selepas melakukan pemeriksaan di hospital berhampiran, Kwang Soo disahkan mengalami patah di bahagian pergelangan kaki kanannya.

Terpaksa Berehat Dari Running Man 

Kesan daripada kemalangan tersebut, segala aktiviti kerjaya seni Kwang Soo termasuk dalam Rancangan Running Man terpaksa diberhentikan buat sementara waktu bagi memberikan peluang untuknya sembuh dan berehat.

“Kwang Soo kemudiannya dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan. Buat masa ini dia tidak dapat meneruskan aktiviti seninya untuk memberikan fokus kepada penyembuhan,” kata wakilnya.

Sebagai info, Kwang Soo mula menyertai Running Man sekitar tahun 2011 bersama-sama ahli asal Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Gary, Haha,Song Joong-ki dan Song Ji-hyo sebelum Song Joong-ki dan Gary mengucapkan selamat tinggal pada rancangan itu dan digantikan dengan beberapa ahli baharu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lee Kwang SooLee Kwang Soo Kemalangan
Share21Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara