Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Pemandangan Di Konsert Terhalang, Peminat Gesa YG Entertainment ‘Refund’ Wang

by Soph Azz
July 10, 2025
Foto - @jennierubyjane (IG)

Foto - @jennierubyjane (IG)

Share on Facebook

Selepas setahun hiatus, kumpulan K-Pop BLACKPINK telah mengadakan semula konsert mereka, yang diberi nama ‘DEADLINE’, di Stadium Goyang, Korea Selatan.

Bagaimanapun konsert yang diadakan selama dua malam itu sepatutnya menjadi aksi pembukaan konsert jelajah yang gilang-gemilang, sebaliknya mencetuskan kontroversi.

View this post on Instagram

A post shared by JISOO🪐 (@sooyaaa__)

Untuk pengetahuan kamu, seorang peminat telah memuat naik kenyataan di platform X, mengatakan pemandangannya ketika konsert BLACKPINK telah terhalang.

Peminat yang memegang akaun X, @happyshuac, memuat naik beberapa gambar pemandangan dari tempat duduknya (bahagian N3, baris ke-3) menyatakan bahawa “pemandangan pentas terhalang oleh peralatan”.

Foto – @happyshuac (X)

“Konsert BLACKPINK. Review Kompleks Sukan Goyang N3 Baris 3. Tidak banyak ulasan, cuma tidak dapat melihat apa-apa. Mereka berkata pandangan mungkin terhalang oleh struktur. Tiada pemandangan langsung, dan sepertinya mereka tidak menyatakan tempat duduk ini sebagai tiket tontonan terhad; mereka menjualnya melalui tempahan biasa, yang benar-benar menjengkelkan. Bunga api? Drone? Semuanya dihalang, hanya sedikit langit yang nampak atau tiada langsung.”

Foto – @happyshuac (X)

Tiket di bahagian N3 yang berharga 132,000 won (kira-kira RM408.52) itu tidak dinyatakan secara jelas bahawa pandangan itu akan dihalang sepenuhnya untuk keseluruhan konsert dua jam itu.

View this post on Instagram

A post shared by ROSÉ (@roses_are_rosie)

Menjengah ke ruangan komen di kongsian @happyshuac, ramai peminat yang hadir ke konsert itu turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap YG Entertainment.

“Saya melihatnya di N11 hari ini, dan sebaik sahaja saya masuk, saya melihat skrin di belakang dan tertanya-tanya mengapa mereka melakukannya dengan teruk”, luah @db55eo.

”Di manakah saya boleh melaporkan perkara ini? Saya sangat kecewa semalam sehingga saya tidak dapat menumpukan perhatian pada persembahan. Saya teruja untuk mendapat tempat duduk baris kedua, tetapi ia bukan hanya pandangan yang terhalang, ia seperti tiada pemandangan langsung”, luah @2me_thatscinema.

Sebagai respons kepada aduan dan kritikan peminat, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf. Mereka menjelaskan bahawa skrin LED yang dipasang adalah untuk menayangkan pandangan pentas kerana konsol besar di hadapan kawasan N3 telah menghalang pandangan.

YG juga menyatakan bahawa mereka sedang menyediakan “langkah tambahan” untuk menangani masalah peminat di kawasan itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
BlackpinkblinksYG Entertainment
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
China
Spotlight

3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini “Tiru” Filem ‘Fifty Shades of Grey’

by Nurul A.
September 4, 2026

Siri drama China yang ditayangkan di Netflix, 'The Early Spring', telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sehinggakan ada...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara