Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Pengganti Siti Nurhaliza Bakal Diketahui 22 November Ini?

by Khai Azfar
November 8, 2019
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat agak sedikit hampa apabila pengganti Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi lagu Anta Permana masih lagi menjadi misteri biarpun sidang media pengumuman 30 buah lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 telah pun diadakan baru-baru ini.

Masih Mencari Pengganti 

Namun begitu, dari pihak Siti sendiri penggantinya barangkali akan diketahui pada 22 November ini yang akan sama-sama memberikan persembahan bersama 9 penyanyi yang lain. Memetik kata-kata pengurus Siti yang juga kakak iparnya, Rozi Sang Dewi tidak kisah siapa pun yang akan menyanyikan Anta Permata kelak, karya ini sudah mempunyai sejarahnya tersendiri dalam kerjaya Siti.

View this post on Instagram

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

Berdasarkan petikan artikel dari Astro Gempak pula, komposer lagu itu Hael Husaini sehingga kini masih belum membuat keputusan mengenai pengganti Siti malah dia turut akui ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk mencari penyanyi yang sesuai.

Peminat Mula Membuat Spekulasi 

Biarpun begitu sehingga kini, peminat masih lagi membuat spekulasi mengenai siapakah penyanyi yang akan menggalas tanggungjawab menyanyikan Anta Permana kelak. Sebelum ini, Siti pernah membuat kenyataan antara penyanyi yang sesuai adalah Ernie Zakri namun penyanyi itu sendiri turut mempunyai lagu yang tercalon dalam separuh akhir muzik-muzik 34, Ku Bersuara.

Namun berdasarkan carian menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat, rata-rata memilih Dayang Nurfaizah, Liza Hanim dan Hael sendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Apa pun sama-sama kita nantikan kemunculannya kelak!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anta permanaDato Seri Siti Nurhaliza
Share24Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara