Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Thule Expo 2026 Perkenal 3 Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Mudahkan Urusan Ibu Bapa

by Phic ARMAN
October 30, 2026
Share on Facebook

Membawa anak kecil menaiki kereta bukan sekadar soal keselesaan. Aspek keselamatan, posisi duduk dan kemudahan mengalihkan anak dari kereta ke stroller juga memainkan peranan penting. Faham-faham sahajalah, kalau anak sudah tidur, silap langkah boleh terus terjaga!

Melihat keperluan keluarga moden, jenama Sweden, Thule memperkenalkan rangkaian kerusi keselamatan kanak-kanak terbaharu menerusi Thule Expo 2026 di JioSpace, Petaling Jaya.

Acara tersebut menghimpunkan kira-kira 180 tetamu termasuk 80 pengedar dari rantau Asia Pasifik, rakan perniagaan tempatan dan pengamal media.

Thule Maple, Elm Dan Palm Jadi Tarikan Utama

Antara fokus utama acara ialah pelancaran serta demonstrasi langsung tiga produk baharu yang direka mengikut peringkat tumbesaran kanak-kanak.

Thule

Berikut tiga model yang diperkenalkan:

Thule Maple: Kerusi keselamatan bayi untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil. Menawarkan ciri keselamatan, keselesaan boleh laras serta keserasian dengan stroller Thule.

Thule Elm: Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan fungsi putaran 360 darjah, beberapa posisi sandaran dan sokongan perjalanan menghadap ke belakang untuk tempoh lebih panjang.

Thule Palm: Kerusi booster dengan sandaran tinggi berasaskan standard i-Size, sistem ISOFIX dan panduan tali pinggang keselamatan yang lebih mudah.

Keselamatan Anak Bukan Perkara Boleh Kompromi

Menariknya, Thule turut menunjukkan bagaimana kerusi keselamatan boleh dipindahkan dari kenderaan ke sistem stroller dengan lebih mudah.

Topik Berkaitan Thule Buka Butik Pertama Di Malaysia, Peminat Travel & Outdoor Wajib Singgah!

Pendekatan ini selari dengan saranan keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan yang sering ditekankan oleh organisasi keselamatan jalan raya, termasuk pemilihan kerusi mengikut usia, saiz dan berat anak.

Selain demonstrasi produk, pengunjung turut berpeluang meneroka zon pengalaman Active with Kids yang mempamerkan aksesori perjalanan keluarga, pilihan warna dan koleksi kerusi keselamatan.

Bagi ibu bapa yang sering bergerak bersama anak, inovasi sebegini pastinya menarik untuk dipertimbangkan. Lagipun, perjalanan keluarga sepatutnya lebih mudah tanpa perlu mengabaikan aspek keselamatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Thule
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Cuckoo Malaysia, Cuckootopia
LifeXplore

Lee Junho Bakal Temui Peminat Di Cuckootopia, Khas Untuk Ulang Tahun Ke-12 Cuckoo Malaysia

by Nurul A.
August 31, 2026

Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy...

Read moreDetails
LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja. Malaysia Halal Lifestyle Festival...

Read moreDetails
LifeXplore

LuxuriAsia Bawa Gelombang Baharu Fesyen India Ke KL September Ini

by Phic ARMAN
September 7, 2026

Pernah tak bila pakai sesuatu yang cantik, tiba-tiba kawan terus tanya, “Eh, beli dekat mana?” Situasi itulah yang menjadi antara...

Read moreDetails
LifeXplore

Sanggup Berhutang Demi Dating? 13.2% Lelaki Malaysia Akui Pernah Buat Begini!

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Nak keluar dating sekarang bukan sekadar fikir nak pakai baju apa atau pergi makan di mana. Dompet pun kena bersedia!...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Istanbul Sahaja! Erzincan Di Türkiye Simpan Keindahan Alam Yang Ramai Pelancong Belum Terokai

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Pernah terfikir untuk bercuti tanpa jadual padat, kesesakan kota atau keinginan memeriksa telefon setiap lima minit? Kalau anda sedang mencari...

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
Foto - Putrajaya Marriott Hotel
LifeXplore

Putrajaya Marriott Hotel Tampil Dengan Persiapan Istimewa Sempena F1 Bahrain GP 2026

by Nurul A.
September 28, 2026

Sempena kembalinya hujung minggu Grand Prix ke negara ini, Putrajaya Marriott Hotel, yang terletak hanya beberapa minit dari Litar Antarabangsa...

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
LifeXplore

Amin Idris Bersuara Isu Aliff Daniel, Ibu Bapa Diminta Lebih Peka Dengan Kepercayaan Anak

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Isu kepercayaan spiritual rentas agama kembali menjadi perhatian apabila pendakwah bebas, Amin Idris, tampil menyuarakan kebimbangan menerusi Threads berhubung dakwaan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara