Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Spiderman: Far From Home Penutup Terbaik Fasa 3 MCU

by Khai Azfar
July 4, 2019
Share on Facebook

Dengan tayangan Spiderman : Far From Home pada minggu ini, maka tamatlah sudah bagi Fasa 3 Marvel Cinematic Universe (MCU) yang bermula dengan Captain America : Civil War pada tahun 2016. Filem seterusnya dijangka ditayangkan pada tahun hadapan atau 2021 dengan Guardians of The Galaxy 3 atau Black Widow bakal memulakan bagi Fasa 4.

Sedikit Perlahan Pada Permulaan 

Buat anda yang belum atau terfikir untuk tidak menonton, suka untuk kami tekankan bahawa Spiderman kali ini wajib diletakkan sebagai senarai wajib tonton anda. Ketepikan soal persaingan dengan Avengers: EndGame kerana perbandingan tersebut seperti tidak adil memandangkan filem itu mengetengahkan kesemua adiwira Marvel. Bagi Far From Home, Tom Holland yang membawa watak Spiderman berjaya membuatkan peminat teruja dengan pelbagai aksi yang ditampilkan.

Malah jika dibandingkan dengan filem dan pelakon terdahulu, Tom sememangnya agak nakal dan sesuai dengan lagak adiwira. Biarpu begitu, perlu diakui pada permulaan filem ini ianya agak sedikit perlahan sebelum kemunculan Mysterio memainkan peranan. Malah filem Spiderman kali ini juga penuh dengan aksi!

Mysterio Curi Perhatian 

Spoiler alert! Seperti yang diketahui menerusi trailer nya sebelum ini, Mysterio yang dipegang Jake Gyllenhaal diramalkan sebagai salah seorang penjahat. Namun sebaik sahaja menonton Far From Home, anda mungkin akan berasa sedikit terkejut dengan plot-twist yang cuba disampaikan sesuai dengan kuasa Mysterio sebelum ini yang mempunyai kebolehan ilusi.

Secara keseluruhannya bagi kami, Far From Home merupakan penutup yang terbaik untuk Fasa 3 MCU. Malah dengan gambaran yang diberi Peter Parker dan petunjuk-petunjuk lain, barangkali dalam fasa 4 satu perubahan besar bakal dilihat kelak. Yang pasti, ramai mengharapkan watak Tom sebagai Spiderman akan terus dikekalkan!

Sinopsis Spiderman: Far From Home

YouTube video

Peter Parker menyertai rombongan sekolah dengan rakan-rakan kelasnya ke Eropah. Di sana, Nick Fury meminta Peter menyertai misi yang memerlukannya bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenali sebagai Mysterio, seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari Bumi `parallel` dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama melawan manusia-manusia dimensi luar biasa yang dikenali sebagai Elementals.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
review filem spiderman : far from homesinopsis spiderman : far from homeSpiderman: Far From Home
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara