Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Ringkasan Belanjawan 2026: Belanjawan Rakyat, Untuk Rakyat!

by Aphit J.
October 11, 2025
Share on Facebook

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumaat lepas telah membentangkan Belanjawan MADANI Keempat dengan jumlah terbesar dalam sejarah Malaysia: RM470 bilion!

Dengan semangat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Belanjawan 2026 membawa mesej kebangkitan nasional, pembaharuan menyeluruh dan tumpuan utama: Rakyat didahulukan.

Berikut adalah beberapa ringkasan intipati Belanjawan 2026 dan untuk teks ucapan penuh boleh didapati Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

via Instagram Anwar Ibrahim

RM470 Bilion: Ke Mana Wang Ini Pergi?

  • Perbelanjaan Mengurus (Gaji, operasi kerajaan): RM338.2 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan (projek, infrastruktur): RM81 bilion
  • Pelaburan GLIC & Swasta: RM40 bilion

Disiplin Kewangan: Defisit Turun, Ekonomi Mampan

  • Defisit fiskal terus menurun: dari 5.5% (2022) ke 3.5% (2026)
  • Hasil kerajaan naik kepada RM343.1 bilion
  • Subsidi disasar, bukan dibazir: Penjimatan RM15.5 bilion

Tekad MADANI: 9 Fokus Utama, 3 Tonggak Ekonomi

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada tekankan reformasi menyeluruh, bukan sekadar tampal lubang:

  • Lawan rasuah & kartel
  • Perkukuh tadbir urus
  • Lonjakkan ekonomi rakyat & desa

Perang Lawan Rasuah

  • RM15.5 bilion berjaya diselamatkan sejak pentadbiran MADANI
  • RM700 juta disalur kepada SPRM, PDRM & agensi penguatkuasa lain

Subsidi Pintar, Fokus Poket Rakyat

  • Lebih 10 juta rakyat terus nikmati RON95 pada RM1.99 melalui BUDI95
  • Pemandu e-hailing & pemilik perahu kini layak dapat subsidi
  • Subsidi ayam, telur, elektrik & diesel ditambah baik, jimat negara RM15.5 bilion

Mega Projek Untuk Semua, Tiada Negeri Tertinggal

  • Sabah & Sarawak terima peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah!
    • Sabah: RM6.9 bilion
    • Sarawak: RM6 bilion
    • Projek mega diteruskan: Pan Borneo, SSLR, LTB, Southern Link
  • Projek air Sabah: RM1 bilion
  • Red Line Sarawak: RM350 juta
  • Klinik, sekolah, pasar dan jalan baharu di seluruh negara
[VIDEO] Tolak Bersalaman Dengan Presiden China, Sikap Wan Azizah Tuai Pujian

Ekonomi 2026: Tumbuh Perlahan Tapi Kukuh

  • KDNK 2026 dijangka tumbuh antara 4.0% hingga 4.5%
  • Inflasi rendah: sekitar 1.3% – 2.0%
  • Guna tenaga naik: 17.2 juta orang bekerja
  • Fokus: pertanian, perkhidmatan, pembuatan dan ekonomi digital

Bantuan Usahawan & Latihan

  • RM3 bilion untuk HRD Corp latih 3 juta pekerja
  • RM1 bilion untuk Ikhtiar MADANI – jana pendapatan rakyat
  • Pinjaman mikro RM2.5 bilion melalui BSN, TEKUN & koperasi
  • RM50 juta bantu usahawan MARA naik taraf premis

Sokongan Kukuh Buat Petani & Nelayan

  • Bantuan pesawah meningkat ke RM4,300 sehektar
  • Subsidi padi, jagung, ternakan & akuakultur: RM2.62 bilion
  • Elaun sara hidup nelayan: RM160 juta
  • Diesel kekal pada RM1.65/liter

Institusi Diperkasa, Undang-undang Diperkemas

via TVS
  • Pemisahan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya di peringkat akhir
  • Lemon Law bakal diperkenalkan: Lindungi pembeli kereta bermasalah
  • Rang Undang-undang Jenayah Siber bakal digubal
  • Dana RM20 juta untuk forensik digital & NSRC

Tahun Melawat Malaysia 2026

  • RM700 juta untuk sektor pelancongan
  • Potongan cukai & insentif promosi tempat pelancongan tempatan

Selamat Tinggal Gaya Hidup Mewah Bebas Cukai

  • Cukai kenderaan di Langkawi & Labuan akan dihadkan:
    • Hanya untuk kereta bawah RM300,000 mulai Jan 2026

Alam Sekitar & Keselamatan Negara

  • RM765 juta untuk bekalan elektrik stabil di Sabah
  • RM1 bilion untuk projek tebatan banjir & pemuliharaan sungai
  • RM6 bilion untuk aset pertahanan
  • RM1 bilion untuk keselamatan awam

Digital Untuk Semua

  • 15 juta rakyat disasar guna MyDigital ID
  • Kiosk MADANI bakal dibina di setiap negeri
  • JKDM guna e-Invois & setem digital lawan penyeludupan

Menurut Datuk Seri Anwar, belanjawan ini bukan sekadar angka, tetapi belanjawan adalah pernyataan moral.

Kerajaan tekad memilih jalan reformasi dan kebangkitan nasional, dengan fokus utama: rakyat mendapat manfaat sebenar dari setiap ringgit yang dibelanjakan.

PM Umum Semua 9 Juta Penerima STR Dapat SARA Sehingga RM1,200 Setahun, Kategori eKasih Cecah RM2,400
anwar ibrahimBelanjawan 2026
https://lomp.at/8nud6
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Berita

SPTM Dilancar Tahun Ini, Insentif RM50,000 Untuk Institusi Tahfiz Terbaik

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026

Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore