Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rozi Kongsi Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Terima Gelaran Biduanita Negara

by Aphit J.
November 21, 2024
Share on Facebook

Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkongsi video reaksi pertama penyanyi itu ketika mengetahui bakal menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Mengambil Masa 4 Hari

Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada bulan Oktober lalu.

Menurut Rozi dia telah menyimpan amanah tersebut selepas pihak MOTAC memberitahunya tentang pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara.

Tambahnya, dia mengambil masa selama empat hari untuk merancang bagaimana mahu memberitahu penyanyi nombor satu Malaysia itu tentang pengiktirafan khas yang diterimanya melalui Anugerah Seni Negara 2024.

Apabila saya dihubungi wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sekitar Oktober lalu, saya terdiam.

Saya fikir dalam-dalam dan menyimpan amanah dan kerahsiaan ini.

Panjang pertanyaan dan penjelasan yang saya mohon daripada wakil MOTAC supaya segalanya saya faham, terutama proses, prosedur pemilihan dan sebagainya supaya saya mendapat maklumat yang tepat sebelum berkongsi berita ini dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Saya sendiri tidak tahu kenapa saya mengambil masa empat hari sebelum memberitahu kepada tuan punya badan bakal penerima anugerah khas di Anugerah Seni Negara 2024.

Ketika itu saya dimaklumkan Biduan Negara sebagai nama anugerah dan Siti diwatikahkan sebagai Biduanita Negara.

Itulah reaksi awal Siti apabila beliau harus membaca apa yang terpapar pada skrin telefon mengenai penganugerahan Biduanita Negara kepada beliau.

Tidak Mengubah Perjalanan Seni

via Instagram Rozisangdewi

Rozi sempat berkongsi perasaan terharunya selepas Siti Nurhaliza diwatikahkan sebagai Biduanita Negara.

Topik Berkaitan "Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya"- Izara Aishah

Dia juga meluahkan rasa syukur dan bangga melihat segala pencapaian Siti sepanjang kerjayanya dalam bidang seni.

Namun, Rozi menekankan bahawa kejayaan ini tidak mengubah komitmen dan dedikasi Siti Nurhaliza terhadap kerjaya dan seninya, kerana segala perancangan kerjaya untuk tahun-tahun mendatang telah disusun dengan rapi.

Meskipun sudah saling mengenali selama 33 tahun, dia tetap mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah serta memberikan kata-kata semangat kepada Biduanita Negara itu agar terus berusaha dan mencipta kejayaan lebih hebat lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri siti nurhalizaRozi Abdul Razak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Drama China Romantik, The Early Spring
Spotlight

3 Drama China Romantik Untuk Kamu Yang Tak Move On Dengan “The Early Spring”

by Nurul A.
September 18, 2026

Baru sahaja habis ditayangkan, "The Early Spring" menjadi salah satu drama China romantik yang popular di Netflix ketika ini. Menampilkan...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara