Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Sakit Radang Sendi, Berkerusi Roda, Semua Itu Fitnah!” -Datuk Sheila Majid Kecewa Dituduh Sakit

by Puteri Alia
July 5, 2024
Share on Facebook

Penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid, atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, baru-baru ini menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyebarkan iklan palsu.

Iklan tersebut mendakwa Sheila pernah menderita arthritis atau radang sendi sehingga terpaksa berkerusi roda, yang ternyata tidak benar sama sekali.

Sheila, 59, menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan mengarut. Dalam hantaran di Instagramnya, beliau menjelaskan, “Memang mengarut, berita ini tidak benar. Lima tahun lalu, saya sibuk dengan kerja dan melancong sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kalau benar saya menderita penyakit ini, tentu media tempatan sudah menyiarkan berita ini lima tahun lalu. Kenapa baru sekarang?”

Sebagai Ratu Jazz Malaysia, Sheila juga menyuarakan kekecewaannya terhadap individu yang sanggup mempergunakan namanya demi mengaut keuntungan mudah.

“Kenapa perlu menipu semata-mata mahu melariskan produk? Adakah anda tidak mempunyai keyakinan hingga terpaksa mengaitkan nama saya demi menjual produk? Produk anda palsu, sama dengan artikel ditulis,” tegas Sheila.

Tidak berdiam diri, Sheila berikrar untuk memburu dalang di sebalik penyebaran berita palsu ini. Beliau mengaitkan insiden ini dengan kejadian fitnah sebelumnya yang menuduhnya menggunakan produk pelangsing badan tanpa sebarang bukti.

“Saya sedang mencari pelaku yang sebelum ini pernah menuduh saya menggunakan produk pelangsing badan, namun kenyataan mereka tidak disertakan bukti. Sehingga kini saya masih gagal mengesan sumber terbabit. Mereka tahu cara untuk manipulasi situasi dan menyembunyikan diri,” kata Sheila.

Beliau juga memohon bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan individu tersebut supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

Topik Berkaitan Sheila Majid, Krisdayanti & Ramai Lagi Gegar St Regis Jakarta Julai Ini Menerusi Konsert Orkestra

Sebelum ini, nama Sheila juga pernah ‘dijaja’ di laman sosial kononnya dia meninggalkan dunia hiburan selepas pembabitannya dengan satu jenama yang dikatakan memberi keuntungan lumayan.

Perkara ini menambah lagi kepada senarai panjang fitnah yang dilontarkan kepadanya, menjadikan beliau lebih tegas dalam menentang penyebaran maklumat palsu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sheila majid
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara