Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Saya memang ‘Jelly’ Terus” – Datuk Lee Chong Wei Kongsi Pengalaman Potong Tali Pusat Anak

Bekas jaguh badminton negara kongsi pengalaman potong tali pusat anak tapi 'sidenote' pula curi perhatian netizen

by Puteri Alia
February 16, 2022
Foto - Instagram @leechongweiofficial

Foto - Instagram @leechongweiofficial

Share on Facebook

Muat naik di Instagram bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semasa Hari Kekasih 14 Februari kelmarin menarik perhatian orang ramai di media sosial bekas atlet terkenal itu.

Gelar Isteri ‘Superwoman’

Dalam perkongsian yang dimuatnaiknya, Chong Wei meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan isteri tercinta, Datin Wong Mew Coo yang sarat mengandungkan zuriat pertama mereka dan menggelar isterinya itu seorang wanita yang hebat.

Foto – Instagram @leechongweiofficial

“Masa @wong_mew_choo mengandungkan @kingstonleekc , saya masih lagi aktif bermain badminton. Saya cuba menemani MewChoo rutin pemeriksaan. Kebanyakan masa menemani, saya tak lebih daripada ‘pasu bunga’ dalam bilik doktor bersama MewChoo yang melalui pemeriksaan dan imbas.

Lebih banyak masa saya teman, saya lebih mempercayai isteri saya seorang ‘superwoman’. Dia perlu semak diet dia. Dia perlu tukar gaya hidup dia. Dia perlu pastikan bayi membesar dengan baik dalam rahim.

Tambah lagi, dia perlu ‘resap’ semua nasihat dari sanak saudara dan rakan, yang kadang-kala ada yang masuk akal dan ada yang tidak. Dia lakukan semuanya sendiri!” Kongsinya

Akui ‘Jelly’ Masa Nak Potong Tali Pusat Anak

Selain berkongsi rasa kagum terhadap wanita yang dicintainya itu, Chong Wei juga berkongsi peristiwa penting dalam hidupnya semasa saat isterinya bersalin anak sulung mereka. Menurut bekas atlet tersebut, memotong tali pusat anak lagi susah daripada bermain badminton.

Foto – Instagram @leechongweiofficial

“Masa hari sebenar tiba. Kingston akhirnya keluar. Saya mengagumi pengorbanan yang MewChoo lakukan di bilik operasi. Dia mesti sangat menyintai saya. Saya mesti sangat kacak untuk dia menyintai saya sebanyak ini. Kingston menangis, terima kasih tuhan. Kemudian Doktor kata, “Chong Wei, apa lagi? Potong.”

Disaat saya pegang gunting, saya memang ‘jelly’ terus. Memang ‘jelly’. Saya cuma perlu potong, untuk tanda kehadiran anak saya. Saya lihat isteri saya. Saya tak boleh lakukannya, susah daripada main badminton leh.

Ya, saya tak boleh pegang gunting tapi dia boleh kandung bayi dengan ‘steady’ selama 9 bulan dalam badan dia. Salut.” Dedahnya

Netizen Terhibur Baca ‘Sidenote’

Orang ramai yang pada mulanya rasa terharu membaca kisah istimewa bekas jaguh badminton negara itu, kemudianya tertarik dengan nota tepi yang di tulis oleh atlet tersebut di akhir kapsyennya.

“Nota tepi: Semalam semasa kemas beg Kingston, dia kata “Papa, esok cuti sekolah?” Saya tanya kenapa. Dia jawab ” Melayu Raya cuti, Cina Raya cuti, India Raya cuti, pekerja Raya cuti, takkan kekasih Raya tak cuti?” Memang tunggu lempang je budak ni.” Tulis Chong Wei

Foto – Instagram @leechongweiofficial

“Saya ketawa besar baca dari A sampai Z! Anda buatkan hari saya Datuk!”

“Kingston pun dah pandai buat lawak ya…”

“Haha.. Lempang itu mungkin akan diingati sehingga Raya-Raya yang akan mendatang”

“Sidenote’ tu macam nak kena lempang jerr..”

“Kekasih raya”

“Kingston lucu” komen warganet

Untuk rekod, Datuk Lee Chong Wei telah mendirikan rumahtangga bersama isterinya Datin Wong Mew Choo pada tahun 2012 dan dikurniakan sepasang anak lelaki iaitu Kingston Lee dan Terrance Lee.

Datuk Lee Chong Wei
https://lomp.at/lhfow
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Sweet Qismina Sertai Audition PGLM, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen!

by Naddy Joe
May 5, 2026

Pelakon, Sweet Qismina mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya menghadiri ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang dijadualkan berlangsung...

Read moreDetails
Lokal

Syatilla Melvin Bersyukur Dapat ‘Contact’ Semula Azar Azmi, Netizen Pilu

by Naddy Joe
April 13, 2026

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin membuat perkongsian bersama peminat di media sosial apabila dia dapat menghubungi semula rakan selebriti, Azar...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Foto - @sooyaaa_ (IG)
Korea

Penangan BLACKPINK Jisoo, Rumah Fesyen Ternama Berebut Mahu Gayakan Di Met Gala 2026

by Nurul A.
May 6, 2026

Muncul buat pertama kali di acara fesyen berprestij dunia, Met Gala, nama BLACKPINK Jisoo tidak berhenti menjadi sebutan orang ramai,...

Read moreDetails
Foto - @aliffsyukriterlajaklaris (IG)
Lokal

“Kawasan Mana Yang Layak Untuk Saya Bertanding?”- Aliff Syukri Mahu Sertai Pilihan Raya Umum

by Nurul A.
April 24, 2026

Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan hangat ramai. Selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan penyelewengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara