Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Naik Flight Rasa Macam Dalam Filem! Scoot Perkenal Pesawat Spider-Man Yang Memang Epik

by Phic ARMAN
June 30, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda peminat tegar Spider-Man, berita ini memang buat rasa macam nak terus tempah tiket! Scoot, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Singapore Airlines, baru sahaja melancarkan pesawat bertema Sony Pictures Spider-Man: Brand New Day, dan terus terang, MURAI pun rasa macam budak kecil dapat hadiah.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Lapangan Terbang Changi, Singapura itu memperlihatkan pesawat yang dihiasi pelekat eksklusif Spider-Man bersama kabin lengkap dengan sarung penyandar kepala khas. Memang setiap sudut ada ‘vibe’ superhero kegemaran ramai!

Lebih menarik, penerbangan sulung pesawat istimewa ini dijadualkan berlepas ke Tokyo (Haneda) pada hari ini, 30 Jun 2026. Tapi ini bukan sekadar penerbangan biasa. Sebaik melangkah masuk ke dalam pesawat, penumpang akan disambut dengan muzik daripada filem Spider-Man: Brand New Day, mesej khas daripada Spider-Man sendiri serta pelbagai aktiviti bertema yang dikendalikan oleh kru kabin Scoot atau lebih dikenali sebagai Scootees.

Kalau itu belum cukup mengujakan, setiap pembelian dalam penerbangan turut didatangkan dengan barangan eksklusif edisi khas seperti tag bagasi atau beg eko boleh lipat bertemakan Spider-Man.

Pengalaman ini sebenarnya bermula lebih awal lagi. Penumpang boleh mengenal pasti penerbangan bertema ketika membuat tempahan menerusi laman web atau aplikasi Scoot. Pada hari pelepasan pula, kaunter daftar masuk di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi akan dihiasi dekorasi Spider-Man, lengkap dengan ruang bergambar dan hiasan bertema dari awal proses daftar masuk.

Tidak ketinggalan, orang ramai juga boleh mencuba ruang foto interaktif Augmented Reality (AR) di Balai Ketibaan Terminal 1 untuk merakam kenangan bersama Spider-Man.

Penerbangan bertema ini akan menggunakan pesawat Airbus A321neo dan Boeing 787 Dreamliner ke beberapa destinasi terpilih di Australia, China, Jepun, Filipina serta Thailand sehingga 13 September 2026.

Bagi MURAI, ini bukan sekadar kolaborasi filem dengan syarikat penerbangan. Ini peluang untuk peminat Spider-Man merasai sendiri pengalaman seolah-olah sedang menyertai satu misi bersama adiwira ikonik Marvel itu. Kalau dapat tempat duduk tepi tingkap, siapa tahu… mungkin Spider-Man melintas di luar pesawat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ScootSingapore Airlinesspider manSpider-Ma
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Ernie Zakri
LifeXplore

Ernie Zakri, Priscilla Abby Meriahkan Konsert Wanita Anjuran Vera

by Nurul A.
November 4, 2026

Wanita menggalas pelbagai peranan dan tanggungjawab setiap hari. Haid tidak seharusnya menambah kerisauan mereka. Vinda Malaysia hari ini melancarkan Vera™,...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Catat Keuntungan Menjunam 66%, Apa Sebenarnya Berlaku Di Sebalik Krisis Ini?

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Nama Emirates sememangnya sinonim dengan penerbangan premium dan perkhidmatan bertaraf dunia. Namun, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu kini...

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Senarai Harga Tambang ECRL Yang Rasmi, Bermula RM60!

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Berita baik buat anda yang kerap berulang-alik ke Pantai Timur! Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menawarkan pilihan perjalanan baharu...

Read moreDetails
Formula 1
LifeXplore

Naikkan Semangat Perlumbaan Dengan STING X Formula 1®

by Nurul A.
September 30, 2026

Apakah bunyi Formula 1®? Bagi STING, ia adalah deruman yang penuh kelajuan, tenaga dan laungan ikonik “STINGGGGGG” yang cukup ikonik....

Read moreDetails
LifeXplore

Ziana Zain Hingga Bunkface, Ini 5 Perkara Menarik Bakal Berlaku Di Konsert Astro 30 Tahun!

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan dua malam hiburan yang cukup istimewa menerusi Konsert Sooka...

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara