Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Seram! 9 Artis Indonesia Ini Cerita Pengalaman Mistik Dirumah. Ada Yang Jumpa Pontianak?

by Soph Azz
July 10, 2021
Foto - Liputan 6

Foto - Liputan 6

Share on Facebook

Pengalaman seram ini boleh terjadi di mana-mana sahaja. Tetapi rumah sering menjadi lokasi yang sering diganggu oleh makhluk halus, tak kiralah rumah kecil atau besar.

Seperti artis Indonesia ini, mereka sering menanggap perkara ini hanyalah kebetulan sahaja tetapi bila berulang kali berlaku, memang menyeramkan! Nak tahu siapakah artis Indonesia tersebut? Baca perkongsian di bawah.

Sule 

Pada tahun 2018, pelawak Sule berkata dia melihat hantu tanpa kepala buat pertama kali di kawasan rumahnya. Setelah memanggil pakar agama ke rumah, dia berkongsi hantu tersebut merupakan pengawal di kolam rumahnya. Cerita asalnya, hantu tersebut telah dirogol oleh lima orang lelaki ketika hidup, kemudiannya dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Foto – Tribun Jakarta

Selain itu, dia juga berkata rumahnya sering dimasuki kelawar dan belatung yang berupa seperti pocong. Dia juga mendedahkan kaca tebal di rumahnya akan pecah tanpa sebab dan sering mendengar orang memanggil namanya.

Soimah 

Pelakon, Soimah menceritakan dia sering melihat makhluk halus ‘menyambut’ kepulangannya di kawasan rumahnya selepas habis kerja sekitar jam 1 pagi.

Foto – Liputan 6

Dia berkata makhluk halus ini mempunyai dua rupa iaitu wanita yang cantik dan seorang wanita tua. Selain disambut oleh makhluk halus, Soimah akui dia pernah dirasuk di rumahnya sendiri.

Cita Citata

Penyanyi dangdut, Cita Citata mendedahkan salah seorang staf labelnya yang mempunyai kelebihan deria keenam telah melihat pontianak di rumahnya.

Foto – Liputan 6

Katanya sebelum ini pembantu dan adiknya sering ternampak sosok pontianak tetapi dia tidak mengendahkannya. Semuanya berubah apabila staf tersebut memberitahu dia selalu berjalan dan bercakap dengan pontianak tersebut dalam rumahnya.

Jeremy Teti 

Menetap sejak tahun 1998, pakar psikik memberitahu rumah Jeremy mempunyai lebih daripada 10 makhluk halus yang tinggal bersamanya. Jiran Jeremy juga pernah memberitahunya bahawa dia ternampak seorang wanita duduk di balkoni tingkat 3 rumahnya itu.

Foto – Kapan Lagi

Ruben Onsu

Ruben Onsu pula mengalami 2 kejadian mistik. Yang pertama adalah ketika dia baru balik dari kerja dan terus melihat isterinya, Sarwendah sebelum mandi.

Ketika mandi, Ruben melihat lantai dipenuhi dengan darah yang mengalir dari pahanya. Kemudian dia menyiram pahanya untuk mencuci darah tersebut tetapi dia tidak berasa sakit atau luka dan darah tersebut masih lagi mengalir.

Foto – Tribun Jakarta

Yang keduanya, Ruben dan Sarwendah sering diganggu oleh makhluk halus sekitar jam 2 pagi sehingga 4 pagi. Pelbagai jenis gangguan terjadi seperti rumah dibaling batu dan lampu dimatikan serta dibuka. Yang paling menakutkan adalah anak perempuannya hampir diserang oleh makhluk hitam yang bersaiz besar.

Raditya Dika 

Menjemput Kumpulan Tanah Jawa ke rumahnya, Om Hao berkata di belakang Raditya Dika terdapat satu sosok berambut panjang yang tergantung iaitu Pontianak Merah. Menurut Om Hao, pontianak ini menganggu dan ia berasal dari pokok frangipani di hadapan rumah Raditya.

Foto – Merdeka.com

Selain itu, Raditya mendedahkan dia pernah ternampak genderuwo di tingkat 3 dalam rumahnya. Setelah menjemput pakar agama, Raditya dikatakan memiliki barang-barang yang mengundang makhluk halus seperti buluh dan batu seperti batu nisan di sudut rumahnya.

Jenny Cortez 

Sering diganggu oleh makhluk halus, rumah Jenny Cortez ini sebenarnya dibina di atas tanah perkuburan. Jenny berkongsi dia pernah didatangi oleh hantu wanita yang memakai pakaian berwarna hijau di tandas yang ketawa seperti pontianak.

Foto – Insert Live

Risa Sarawati 

Risa Sarawati berkata dia menyangkakan kejadian mistik itu merupakan mimpinya tetapi ianya kejadian yang betul. Ketika tidur, dia terdengar suara orang bernyanyi di belakangnya.

Foto – Liputan 6

Pontianak bernama Asih itu kemudiannya menjilat bahunya sehingga basah. Menyedari kejadian itu, Risa berpusing dan ternampak Asih di belakangnya. Dia beerkata Asih memintanya untuk membuka tali di lehernya.

Anang Hermansyah 

Penyanyi, Anang Hermansyah dan isterinya, Ashanty juga sering diganggu ketika tidur. Ketika melakukan Vlog dalam rumah anak Anang iaitu Aurel sering berkongsi dia melihat sosok wanita di taman rumahnya. Malah ada juga sosok yang berdiri di tingkap dan buku-buku di rak terjatuh dengan sendiri.

Foto – Pop Bela

Walaupun rumah mewah dan selesa, tetapi kalau kerap diganggu memang menakutkan betul tak? Di antara 9 cerita di atas, yang mana lebih menyeramkan?

Anang Hermansyahcita citatajenny cortezjeremy tetikisah hanturaditya dikarisa sarawatiruben onsusoimahSule
https://lomp.at/sv58g
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Foto - @ahmaddhaniofficial (IG) / @elelrumi (IG)
Lokal

Beberapa Hari Sebelum Kahwin, El Rumi Dimarahi Ahmad Dhani Kerana Isu Ini…

by Nurul A.
April 27, 2026

Menjelang hari perkahwinannya, selebriti El Rumi telah ditegur dan 'dimarahi' bapanya, penyanyi Ahmad Dhani. Kejadian tersebut didakwa berlaku hanya beberapa...

Read moreDetails
Lokal

“Tak Pernah Tengok Dia Marah Macam Ni..”-Azrul Zaidi

by Naddy Joe
April 24, 2026

Pelawak, pelakon, dan pengacara, Azrul Zaidi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sikap sebenar penyanyi Ameng Spring selepas tular tuduhan dakwaan...

Read moreDetails
Foto - @baimwong (IG) / @minyakhitamjalanan_ (TikTok)
Spotlight

“Video Ini Buat Saya Rindu Sesuatu”- Baim Wong

by Nurul A.
April 22, 2026

Nampaknya kisah mengenai seorang pemuda dan seorang mekanik motosikal telah mencuri perhatian pelakon Indonesia, Baim Wong. Untuk makluman semua, sebuah...

Read moreDetails
Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara