Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ingat Lagi Penyanyi Shajiri? Kini Bergelar Usahawan & Berkongsi Tips Untuk Menjana Pendapatan

by Jash Lee
February 27, 2021
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Anda masih ingat dengan penyanyi Kumpulan KGB yang pernah popular dengan lagu ‘Orang Kita‘ dan ‘Hadirlah Kasih‘ Shajiri? Shajiri atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Bin Damery yang kini berusia 48 tahun. Namun, anak tunggal yang berasal dari Perak Darul Ridzuan ini masih kelihatan segak dan tidak dimamah usia.

Shajiri merupakan seorang penyanyi dan telah menghasilkan beberapa album solo dan berkumpulan bersama kumpulan Kami Generasi Baru atau lebih dikenali sebagai kumpulan KGB pada era 90-an. Selain menyanyi, Shajiri juga adalah seorang pelakon, pengacara dan kini bergelar usahawan.

Namun, lama juga kita tidak mendengar perkembangan terkini tentang Shajiri dan katanya dia ingin berkongsi tip bagaimana untuk merebut peluang menjana pendapatan, lagi-lagi pada masa kita semua dilanda pandemik Covid-19.

via WA

Baru-baru ini, kami di Murai.My berpeluang untuk menanyakan 10 soalan peribadi kepada Shajiri. Jom kita tengok!

Mungkin boleh kongsikan siapa Shajiri dahulu dan kini…

“Saya masih Shajiri yang sama yang merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan kini adalah seorang peniaga.”

Kalau sebelum ini menyanyi tapi sekarang dah banyak berlakon, adakah pernah terfikir untuk kembali aktif menyanyi?

“Saya masih menyanyi, bukan saya terus berhenti dan yang terbaru saya bersama kumpulan baru iaitu kumpulan Qa’rabah yang akan membawakan lagu-lagu dakwah. Saya masih lagi aktif menyanyi dan nantikan kemunculan single terbaru dari saya, tungguuuuu.”

Adakah pernah terfikir untuk masuk reality show?

“Insyaallah, untuk Gegar Vaganza Season 8, kalau ada rezeki dan terpilih, saya akan ketengahkan lagi bakat saya dan doa-doakanlah untuk saya.”

Pada pendapat Shajiri, apakah perbezaan industri dahulu dan kini?

“Beza industri muzik dulu dan kini terlalu banyak beza, kalau dulu, kita tak ada sosial media, sekarang dah ada dan ramai produser dan penggiat seni yang akan mengambil kita untuk berlakon atau menyanyi akan melihat daripada sosial media kita. Ramai follower maka peluang kita makin tinggi, jadi itu adalah perbezaan yang sangat ketara. Tapi pada saya, dulu lagi best sebab dulu kita buat kerja atas inisiatif kita sendiri.”

Ceritakan Pada Kami Tetang Perkembangan Terkini Shajiri?

“Sekarang ni saya banyak shooting juga dan ada banyak juga yang belum keluar. Yang terbaru, pada 1 Mac atau 7 Mac, saya akan muncul dalam rancangan ‘Family Duo’ insyaallah bersama anak lelaki saya Mohd Kabiir Hafiz dan kami akan menyanyi lagu duet dan nantikan di TV3 nanti.

Selain itu, sekarang saya juga aktif meniaga dengan menjual simkad ToneWow, jadi sesiapa yang ingin menjana lebih pendapatan, nak dapatkan pendapatan 4 angka dalam masa 4 bulan, insyaallah kita boleh dapat tetapi kita kenalah usaha dan ikut guideline dari saya, tambah tambah lagi dengan musim pandemik sekarang ni, ramai yang susah.”

Drama Yang Telah Menaikkan Nama Shajiri?

“Drama yang telah menaikkan nama saya banyak jugalah sebenarnya, tapi bila kita sebut pasal drama yang menaikkan nama kita sebenarnya, dia akan menaikkan nama kita masa itu, masa drama tu tengah hot dan selepas itu akan turun balik..dia tak akan naik terusss saja. Tapi antara drama yang boleh saya sebut ‘Bukan Gadis Biasa’ saya sebagai Bruno Din. Banyak lagi sebenarnya tapi saya sendiri pun dah lupa..hihi”

Pada pendapat Shajiri, siapakah bakat baru yang anda lihat sebagai artis yang berbakat besar?

“Bakat baru yang berbakat besar sekarang ni saya nampak terlalu ramai dan antaranya yang saya lihat memang boleh pergi jauh adalah Aina Abdul..suara dia, soul dia sangat bagus. Saya suka soul dan R&B..Untuk lelaki pula pada saya Ismail Izani, suara dia bagus, penampilan dia menarik dan sekarang ni saya tengok dia dah buat badan semua..baguslah ini antara inisiatif artis-artis sekarang untuk terus maju ke depan..bagus..bagus. Jangan macam saya, yang maju ke depan ni perut. Hahahaha”

Antara ramai-ramai artis, Shajiri paling rapat dengan siapa?

“Saya sekarang ni rapat dengan Amyza Adnan..Alhamdulillah..dia antara BFF saya sebab dia banyak bantu saya dalam banyak hal. Dia kenal wife saya, saya pun kenal suami dia, jadi kami senang untuk berkomunikasi.”

Mungkin Shajiri boleh kongsikan sedikit perihal peribadi. Anak-anak berapa orang dan umur mereka.

“Ok, anak saya ada 4 orang, yang paling besarnya 23 tahun dan yang paling kecik perempuan 7 tahun. Anak yang sulung Kabiir Hafiz, 23 tahun kemudian Iffah Nazurah, 21 tahun kemudian Kabiir Al Fayyad 20 tahun dan yang ke4 yang bongsu Nur Keysha Amanda, dan kini dah darjah 1. Itulah anak-anak saya.”

Apakah cabaran ketika musim PKP?

“Cabaran ketika PKP memang sangat mencabarlah, shooting tak ada, bisnes pun ..sekarang ni saya buat bisnes kedai makan…cafe dan juga car wash di Denai Alam. Jadi sesiapa yang berkesempatan datang ke Denai Alam, boleh la singgah kedai makan saya dan cuci kereta , ChaCup Cafe dan ChaCup Car Spa, sebelah sebelah je, jadi anda boleh makan sambil cuci kereta. Jadi, boleh la datang ke Denai Alam, Shah Alam, cari je ChaCup, sampai la ke cafe ni. 

via blogspot.com

Jadi, memang masa PKP kedai tutup, jadi tak ade lah income dari situ. Tapi alhamdulillah saya masih ada income dari Tone Wow iaitu bisnes simkad saya. Sebab itulah saya mengajak anda semua, tolong tolonglah cari satu bisnes yang pasif income yang anda perlu dan boleh buat. Anda cuma perlu promote simkad Tone Wow Digi ini, anda pakai dan anda promote. Itu sahaja tugas kita untuk kita menjana lebih pendapatan untuk keluarga kita. Anda fikir-fikirkan, saya dah 2 tahun buat, Alhamdulillah adalah income masuk dalam 3 ribu lebih sebulan.

Setiap bulan saya akan dapat amaun yang semakin naik dan sebab saya menaja ramai orang dan saya promote kepada ramai orang. Kita boleh promote kat adik beradik…saudara mara…family kita…kepada orang-orang kat luar sana termasuk dalam faceboook, instagram, tiktok, bigo dan boleh masukkan dalam macam-macam saluran sosial media sekarang ni. Jadi, saya menyeru jom kita sama-sama buat income pasif ni dengan Tone Wow sebab saya memang mengharap sangat dan hasrat saya memang untuk berkongsi dengan anda supaya kita sama-sama berjaya. Insyaallah..”

Jadi kami di Murai.My juga berharap agar terubatlah rindu peminat-peminat Shajiri membaca perkembangan terkini darinya.

Youtube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artis90an artismalaysia shajiridameri usahawan
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara