Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Siri Premium Paling Dinantikan, ‘One Cent Thief’ Kembali Dengan Pertaruhan Besar & Pendedahan Mengejutkan

Musim Kedua Fokus Isu Perbankan Digital & Pengubahan Wang Haram

by Aphit J.
January 25, 2025
Share on Facebook

Setelah meraih kejayaan besar pada tahun 2022, Astro kembali melangkah lebih jauh dalam industri hiburan Malaysia dengan melancarkan musim kedua siri premium Astro Originals, One Cent Thief.

Mula Disiarkan 31 January 2025

Terbitan Astro Shaw bersama Independent Pictures Sdn Bhd ini melanjutkan perjuangan Iman Shah dan Digital Karma dalam usaha mereka menjatuhkan Ibu Zara, seorang pemilik kartel dadah yang semakin berkuasa.

Musim kedua ini akan disiarkan mulai 31 Januari 2025, setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO pada pukul 12 tengah malam, serta di Astro Citra (saluran 108) dan Astro Ria (saluran 104) pada pukul 9 malam.

Siri ini mengangkat isu moral manusia yang dahagakan kuasa dan kedudukan, yang sanggup mengorbankan prinsip demi kepentingan peribadi.

Pelbagai Tema Diangkat

via Astro Shaw

Isu seperti konflik keluarga, integriti dalam pekerjaan, politik kotor, dan penyalahgunaan kuasa menjadi tema utama dalam musim kedua ini.

Dalam siri ini, Iman Shah, yang dikenali sebagai One Cent Thief, berusaha untuk menjatuhkan Ibu Zara, yang kini memegang kuasa politik yang kukuh.

Bersama Chen, ketua kumpulan penggodam Digital Karma, mereka merancang untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada orang ramai.

Barisan Pelakon Hebat

Namun, Ibu Zara yang semakin kebal selepas menguasai dunia politik, mula memanipulasi undang-undang untuk mengelakkan diri daripada perbicaraan atas tuduhan penggubahan wang haram.

Mimi Lana Hamil? Video Sambutan Hari Lahir Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Musim kedua One Cent Thief juga menampilkan kerjasama strategik bersama Goodday Charge, jenama susu diperkaya yang pertama di Malaysia, yang bertujuan untuk memberikan pengalaman seronok kepada penonton.

Dihasilkan oleh Ariff Zulkarnain dan Alfie Palermo, siri ini dibintangi oleh pelakon seperti Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, dan Sofia Jane.

Dengan sokongan pemasaran yang kuat, siri ini berharap dapat terus menarik perhatian penonton, memberikan pengalaman hiburan yang mendalam dan relevan dengan isu semasa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azira Shafinazsofia janesyafiq kyle
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara