Bila cuaca panas, penyaman udara memang menjadi penyelamat. Tetapi apabila bil elektrik sampai, boleh pula rasa bahang lain macam! Memahami situasi tersebut, SK intellix Malaysia memperkenalkan SK magic MAGICOOL, penyaman udara inverter pertama di bawah jenama miliknya sendiri yang kini dibuka untuk pratempahan.
Menariknya, pelancaran ini turut disertakan dengan Kalkulator Sejuk Hati, sebuah alat digital yang membantu pengguna menganggarkan kos penggunaan elektrik dan potensi penjimatan sekiranya beralih kepada penyaman udara lebih cekap tenaga.
SK magic MAGICOOL Hadir Dengan Penarafan 5 Bintang
MAGICOOL ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti iaitu 1.0HP dan 1.5HP. Kedua-duanya menerima penarafan kecekapan tenaga lima bintang mengikut piawaian baharu 2026.
Dari segi prestasi, model 1.0HP mencatatkan nilai CSPF 7.02, manakala model 1.5HP pula mencatatkan 6.68. Secara mudah, semakin tinggi nilai CSPF, semakin cekap sesebuah penyaman udara menghasilkan penyejukan berbanding tenaga elektrik yang digunakan.
Untuk keselesaan tambahan, MAGICOOL dilengkapi sistem penapisan udara enam peringkat, teknologi plasma sejuk Hi-Magic serta fungsi pembersihan kendiri Magic Clean.
Malah, pakej sewaan lima tahun turut merangkumi pemasangan, penanggalan unit lama dan penyelenggaraan berjadual termasuk cucian kimia.
Kalkulator Sejuk Hati Bantu Kira Potensi Penjimatan
Apa yang lebih menarik ialah Kalkulator Sejuk Hati. Pengguna hanya perlu memasukkan jenis penyaman udara sedia ada, saiz bilik dan tempoh penggunaan harian untuk melihat anggaran kos elektrik serta potensi penjimatan dalam nilai ringgit.
Pratempahan dibuka sejak 12 November 2026. Lebih menarik, 500 pelanggan pertama yang layak berpeluang menerima kredit tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200, tertakluk pada terma dan syarat.
Tempahan boleh dibuat menerusi laman rasmi www.skmagic.com.my/air-conditioner/MAGICOOL, kiosk terpilih atau ejen sah SK magic.
Namun, perlu diingat bahawa pengiraan kalkulator hanyalah anggaran dan penjimatan sebenar bergantung pada corak penggunaan serta tarif elektrik. Jadi, sebelum membeli, apa kata kira dahulu? Jangan sampai bil elektrik pula yang buat hati tak sejuk!












