Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Solekan Mata K-Pop Idol Ini Paling ‘Ngam’ Kalau Nak Cuba Pakai Ke Konsert!

by Soph Azz
June 2, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Siapa yang gelabah setiap kali ada konsert, tak tahu nak buat solekan mata macam mana? Kalau ada yang alami situasi begini, kita geng!

Memang seronok bila pergi ke konsert, lebih-lebih lagi jika konsert tersebut dianjurkan oleh penyanyi kegemaran kita. Bila ada konsert, kalau boleh kita nak jugalah tampil lain daripada orang lain. Daripada pakaian, gaya rambut atau tudung, kasut, beg sehinggalah ke solekan.

Khasnya untuk entri kali ini, Miss Murai nak fokuskan pada jenis solekan iaitu solekan mata. Bagi Miss Murai, dengan lakukan solekan mata yang berbeza daripada orang lain dan lebih unik, berkemungkinan besar penyanyi kegemaran kamu akan perasan tau!

Jadi scroll untuk lihat beberapa solekan mata daripada K-Pop idol yang boleh kamu tiru bila ke konsert. Bermula daripada….

Pearl Brow 

Simple tapi unik, kamu boleh cuba lekatkan mutiara yang bersaiz mini di atas kening. Sama ada nak letakkan di sekeliling kening atau lakukan bentuk ‘X’ seperti ATEEZ Hongjoong.

Foto – Pinterest

Rhinestones

Membuatkan bahagian mata kamu lebih menonjol dan menarik perhatian, Miss Murai sarankan kamu menggunakan rhinestones. Pilih sama ada nak tiru gaya Chung Ha atau BLACKPINK Lisa, solekan mata kedua-duanya nampak sangat menarik!

Foto – Pinterest

Metallic Lines 

Untuk solekan mata yang ini, kamu boleh tiru daripada BLACKPINK Jennie dalam video muzik “Kill This Love“. Bagi Miss Murai, solekan matanya sangat ikonik dan lain daripada yang lain.

Putus Hubungan, BLACKPINK Jisoo Gesa Keluarkan Nama Abang Dari Kredit Drama Terbarunya
Foto – Pinterest

Pertama sekali, letakkan eyeshadow dalam teknik ombre. Warnanya pula ikut kesesuaian pakaian dan kesukaan kamu. Kemudian, menggunakan eyeliner berona emas atau highlighter, lukiskan satu garisan melintang dari kelopak mata hingga ke bawah mata.

Fanciful Liner 

Mencipta semula solekan mata Sulli, Miss Murai sukakan solekannya yang ini kerana ia buatkan kamu nampak sangat cool dan fun! Untuk lakukannya, pastikan kamu ada beberapa eyeliner dalam rona yang vibrant atau neon.

Foto – Pinterest

Lukiskan satu garisan melintang di bawah kening, hujung mata hingga ke pangkal mata. Pastikan satu garisan mewakili satu warna yang berbeza tau!

Funfetti Sticker 

Paling cepat dan mudah, kamu boleh saja letakkan funfetti sticker di sekitar mata. Pilih sama ada nak bentuk hati, bulat, bintang atau pun bunga. Pastikan ikut mood dan tema kamu okay?

Foto – Pinterest

Glitter Eyeliner 

Sekiranya kamu tak mahu mengenakan solekan wajah yang tebal atau mahu tampil natural, Miss Murai sarankan kamu over kan sedikit solekan mata.

Foto – Pinterest

Caranya dengan menggunakan glitter eyeliner untuk memberi hint ‘shining’ pada mata kamu seperti STAYC Sumin dan Chung Ha.

Graphic Eyeliner 

Walaupun nampak biasa sahaja, tetapi solekan mata jenis membuatkan kamu nampak lebih elegan dan charming tau! Pilih sama ada nak tiru gaya BLACKPINK Rosé, STAYC Sieun atau pun STAYC Seeun.

Foto – Pinterest

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Blackpinkeye makeupk-pop idolmekap k-pop idolmekap konsertsolekan matatrend mekap
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara