Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sufian Suhaimi & Nabila Razali Dikatakan Bercinta Dalam Diam?

by Ayden Mikhael
November 11, 2018
Share on Facebook

Bakal muncul dengan lagu duet bersama Nabila Razali, penyanyi Sufian Suhaimi berharap tiada gosip yang timbul kononnya dia bercinta dengan penyanyi ‘Pematah Hati’ itu.

Malah, tegas penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Matamu’ itu, lagu berunsur cinta yang bakal dinyanyikan mereka bukan memberi petanda atau ada kaitan dengan masa lalunya.

“Sudah tiba masanya untuk semua pihak akur dengan kenyataan tidak semua gandingan itu mempunyai makna di sebaliknya. Kolaborasi saya dengan Nabila adalah atas paksi profesional dan tiada kaitan dengan cinta.

“Lagu yang kami nyanyikan juga tidak memberi apa-apa gambaran atau ada kesinambungan dengan kisah silam saya. Jujurnya, saya sangat teruja dengan kerjasama ini dan tak sabar hendak mendengar hasil paduan suara kami,” kata Sufian kepada BH Online.

Menurut Sufian, penggambaran video muzik single itu bakal dilakukan di beberapa lokasi menarik di Sabah.

“Saya sangat bertuah kerana penggambaran video muzik ini mendapat tajaan Lembaga Pelancongan Sabah. Saya difahamkan konsep video muzik ini akan sama seperti klip video lagu Gerua yang dipetik dari filem Diwale.

“Jadi banyaklah lokasi menarik yang bakal dipaparkan,” ujarnya sambil menambah kos pembikinan video muzik itu paling tinggi pernah dilaburkan.

Kelmarin, Sufian bersama 10 penyanyi lain beraksi pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 33 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menentukan siapa yang layak bergelar finalis Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33), tahun depan.

Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat
nabila razalisufian suhaimi
https://lomp.at/lkvpw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Aprena Manrose Sayu Masih Belum Dikurniakan Cahaya Mata, Peminat Beri Kata Semangat!

by Naddy Joe
April 9, 2026

Umum mengetahui, pelakon, Nelydia Senrose baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama setelah tujuh tahun...

Read moreDetails
Lokal

Zarina Anjoulie Bersuara Isu Sarah Yasmine, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Anju Better You Diam Je..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil bersuara selepas pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine yang mendapat kecaman netizen di media sosial mengenai isu...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara