Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Terfikir Lagi Mencari Pengganti Syamsul, Puteri Sarah Hanya Fokus Cari Duit Dan Mahu Menjadi Kaya

by Puteri Alia
September 18, 2023
Share on Facebook

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, enggan terburu-buru memikirkan soal pengganti selepas tiga bulan berpisah dengan bekas suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, keutamaannya kini mencari duit membesarkan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4, hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun dengan Syamsul.

“Saya tak terfikir langsung untuk mencari jodoh. Fokus sekarang mahu mencari duit dan menjadi kaya.

“Soal cinta tolak tepi dulu, saya nak cari duit sendiri. Bila sudah kaya barulah fikirkan soal mencari pengganti.

“Bila bergelar ibu, saya sudah tak fikir sangat soal diri sendiri, tetapi keutamaan lebih kepada anak-anak, kerjaya serta orang terdekat. Saya akan fikir pasal orang lain dulu, keperluan sendiri jatuh nombor dua.

“Lagipun, saya nak besarkan anak-anak, cinta itu nantilah. Kalau ada jodoh, adalah…,” katanya.

Mengulas hubungan akrab dengan pelakon seberang yang juga rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah pernah memberitahu, hubungannya dengan jejaka berusia 36 tahun itu hanyalah sebagai rakan kongsi.

Namun, bila diusik bagaimana sekiranya hubungan bertukar sebaliknya disebabkan kekerapan bertemu, Puteri Sarah hanya ketawa saat mendengar soalan diajukan kepadanya.

Katanya, dia kerap berjumpa dengan Andi, tetapi hubungan mereka atas dasar profesional memandangkan pelakon itu memiliki perniagaan produk kecantikan dan hijab.

“Secara kebetulan, Andi adalah pengeluar, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan.

“Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur, bulan hadapan kerana kami merancang untuk membuka kilang bagi bagi menjimatkan kos untuk diedarkan ke Singapura.

“Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
puteri sarahSyamsul Yusof
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eyra Hazali Bunian
Spotlight

[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali

by Nurul A.
August 20, 2026

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri mengenai kelahirannya. Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra mendakwa kejadian itu...

Read moreDetails
Foto - @nickhelderman (IG)
Spotlight

Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

by Nurul A.
July 28, 2026

Cipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, Ratu Belanda iaitu Ratu Máxima dilihat tampil merasmikan sambutan WorldPride di Amsterdam pada...

Read moreDetails
Spotlight

Lepas 17 Tahun, T-ARA Masih Berbisa! Fan-Con Solo Pertama Di Malaysia Bakal Hangatkan Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
August 4, 2026

Kalau anda membesar dengan lagu Roly-Poly, Bo Peep Bo Peep atau Cry Cry, ini memang berita yang boleh buat ramai...

Read moreDetails
Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
Spotlight

DOLLA Terbang Ke Paris! Misi Tawan Pentas Antarabangsa Bermula Oktober Ini

by Phic ARMAN
July 31, 2026

Kalau sebut nama DOLLA, memang ramai tahu mereka antara girl group paling menyerlah di Malaysia sekarang. Kali ini, mereka bukan...

Read moreDetails
Spotlight

“Lepas Bercerai Je Tudung Terbang”- Isa Khan Kongsi Nasihat

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Dalam kehidupan, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bangkit selepas melalui fasa sukar. Begitu juga dengan wanita yang melalui perceraian,...

Read moreDetails
China
Spotlight

3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini “Tiru” Filem ‘Fifty Shades of Grey’

by Nurul A.
September 4, 2026

Siri drama China yang ditayangkan di Netflix, 'The Early Spring', telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sehinggakan ada...

Read moreDetails
Spotlight

Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

by Phic ARMAN
September 6, 2026

Kalau selama ini pertandingan ratu cantik sering dikaitkan dengan wajah menawan dan penampilan anggun, Taanusiya Chetty membuktikan bahawa ‘pakej’ sebenar...

Read moreDetails
Spotlight

Sid Sriram Kembali ‘Take Over’ KL, Heart & Soul 4.0 Dijangka Gegar Unifi Arena

by Phic ARMAN
July 17, 2026

Sid Sriram bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi Heart & Soul 4.0 Live in KL 2026, dan kalau melihat rekod...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara