Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Tune Talk Lancar Pelan Keluarga Dengan Kawalan Ibu Bapa, Internet Anak Kini Lebih Selamat

by Phic ARMAN
June 26, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Keselamatan kanak-kanak di alam digital kini semakin menjadi perhatian, dan Tune Talk tampil dengan penyelesaian baharu menerusi pelancaran Epik+ Family Safe, pelan mudah alih keluarga pertama di Malaysia yang menawarkan kawalan ibu bapa terus di peringkat rangkaian.

Tidak lagi bergantung kepada tetapan rumit di aplikasi atau peranti, ibu bapa kini hanya perlu satu sentuhan untuk mengaktifkan kawalan keselamatan. Mereka boleh memilih tiga tahap perlindungan iaitu rendah, sederhana atau tinggi bagi menyekat akses kepada kandungan tidak sesuai mengikut umur anak.

Pelan ini dibangunkan menggunakan rangkaian cloud-native Tune Talk dengan kerjasama Nokia, sekali gus membolehkan kawalan keselamatan dikuatkuasakan terus melalui rangkaian mudah alih tanpa memerlukan aplikasi tambahan atau perisian pihak ketiga.

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, syarikat telekomunikasi bukan lagi sekadar menyediakan data dan sambungan internet, malah perlu memainkan peranan dalam membantu ibu bapa melindungi anak-anak ketika melayari dunia digital.

Malah, tinjauan yang dijalankan Tune Talk mendapati hampir 48.1 peratus ibu bapa di Malaysia bimbang anak mereka terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai, manakala lebih tiga daripada lima ibu bapa mengakui kurang yakin mengawal tabiat penggunaan internet anak-anak.

Pada harga RM80 sebulan, Epik+ Family Safe hadir dengan satu talian untuk ibu bapa dan satu talian untuk anak, 700GB data berkelajuan tinggi tanpa had FUP, kawalan ibu bapa di peringkat rangkaian serta perlindungan insurans kemalangan diri sehingga RM500,000.

Pelan ini kini boleh dilanggan menerusi aplikasi Tune Talk, laman web rasmi Tune Talk serta kedai Tune Talk terpilih di seluruh negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Gurtaj Singh Padda
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

AIGNER Pilih Dato’ Khadijah Ibrahim Sebagai Lambang Elegan Tanpa Usia

by Phic ARMAN
July 19, 2026

Kalau sebut tentang keanggunan yang kekal relevan walaupun zaman sentiasa berubah, nama Dato' Khadijah Ibrahim sememangnya antara figura yang layak...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Flight Rasa Macam Dalam Filem! Scoot Perkenal Pesawat Spider-Man Yang Memang Epik

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Kalau anda peminat tegar Spider-Man, berita ini memang buat rasa macam nak terus tempah tiket! Scoot, syarikat penerbangan tambang murah...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] “Kini Saya Wanita Paling Bahagia”- Madam Mariyah Fokus Bina Empayar Auramaria

by Phic ARMAN
June 16, 2026

Setahun selepas melalui episod kehidupan yang menjadi perhatian ramai, pengasas Auramaria, Madam Mariyah tampil dengan semangat baharu apabila memilih untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

30 Minit Dari Kota Kinabalu, Tuaran Jadi ‘Hidden Gem’ Yang Ramai Patut Tahu

by Phic ARMAN
July 26, 2026

Kalau sebut Kota Kinabalu, ramai terus bayangkan kesibukan bandar dan deretan tempat makan. Tapi MURAI nak kongsi satu spot yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Percutian Lain Dari Biasa? Hong Kong Cyclothon 2026 Tunggu Anda!

by Phic ARMAN
August 9, 2026

Kalau selama ini Hong Kong dalam kepala kita ialah shopping, dim sum dan Disneyland, mungkin sudah tiba masa untuk tengok...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Sekadar Transit, Airport Domestik Kini Jadi Port Shopping & Menang

by Phic ARMAN
July 18, 2026

Kalau dulu lapangan terbang sekadar tempat tunggu penerbangan, sekarang lain ceritanya. Nampaknya semakin ramai pengunjung sanggup meluangkan masa membeli-belah atau...

Read moreDetails
LifeXplore

Amir Daniel Cipta Sejarah Judo Malaysia, Netizen Kagum Dengan Pencapaian SPM

by Phic ARMAN
August 3, 2026

Kalau sebelum ini rakyat Malaysia meraikan kejayaan Amir Daniel Abdul Majeed menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara judo di...

Read moreDetails
LifeXplore

PRISM+ Bawa Peti Sejuk Anti-Bakteria, Freezer Besar Pada Harga Mesra Poket

by Phic ARMAN
August 2, 2026

Kalau anda perasan, ramai rakyat Malaysia sekarang makin gemar beli barang dapur secara borong bila ada promosi. Dalam masa sama,...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @Galeri Sultan Abdul Aziz
LifeXplore

Masuk Percuma! Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Di Klang Ini Simpan Sejarah Kesultanan Selangor Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
June 12, 2026

Kalau kalian berminat dengan sejarah dan warisan negara, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz merupakan antara tempat yang boleh dikunjungi apabila...

Read moreDetails
LifeXplore

Lenguh Leher Dalam Flight? Emirates Perkenalkan U-Dream Headrest

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Siapa pernah naik penerbangan jarak jauh mesti faham cabarannya cuba cari posisi tidur yang selesa, tetapi akhirnya bangun dengan leher...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara