Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Batal Pesanan COD, Respons Pembeli Terhadap Betty Rahmad Buat Netizen Mengamuk

by Nurul A.
December 2, 2025
Foto - @bettyrahmad (IG)

Foto - @bettyrahmad (IG)

35
KONGSIAN
Share on Facebook

Kongsian video pelakon dan usahawan, Betty Rahmad baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai. Menerusi video berdurasi 1.48 minit itu, Betty memberitahu bahawa seorang pembeli telah membatalkan pesanan Biskut Kelapa Che Semah sebanyak 20 bekas. Apa yang lebih menyedihkan, pengembalian pesanan tersebut telah merugikan pihak Betty.

Di permulaan video tersebut, Betty memaparkan tangkap layar perbualan di mana penghantar telah memaklumkan pada usahawan tersebut bahawa pembeli mengembalikan pesanan yang menggunakan bayaran COD (Cash On Delivery).

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Video-2025-12-02-at-14.10.10.mp4

Melihatkan perkara itu, Betty menghubungi pembeli itu secara peribadi dan bertanyakan mengapa dia membatalkan pesanan Biskut Kelapa Che Semah sebanyak 20 bekas.

“Assalamualaikum, ni Mak cik Kalsom ke? Saya Betty. Mak cik ada order biskut kelapa Cik Semah kan? Kenapa mak cik cancel?

Mak cik tak boleh buat macam tu sebab saya yang kena tanggung kerugian. Kenapa mak cik order sampai 20? Tak boleh buat macam tu makcik, nanti makcik jangan buat dekat seller lain sebab kesian seller rugi.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Video-2025-12-02-at-14.10.06.mp4

Jelas Betty, hal sebegini sedikit sebanyak merugikan pihaknya sebagai penjual kerana mereka perlu menanggung kos penghantaran tersebut.

“Saya nak bagitau makcik yang benda ni dah sampai dekat rumah makcik dan pos tu dah hantar balik dekat kita. Kita kena tanggung kerugian. Makcik kalau taknak beli, makcik jangan tekan. Kesian dekat seller, kitorang yang kena tanggung kerugian postage tu.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Video-2025-12-02-at-13.56.51.mp4

Namun apa yang membuatkan orang ramai menjadi bengang adalah respons pembeli tersebut terhadap Betty. Difahamkan, pembeli yang dikenali sebagai Mak Cik Kalsom telah bercakap kasar apabila Betty cuba menerangkan situasi yang dihadapi oleh pihaknya.

Topik Berkaitan Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

Bukan itu sahaja, Mak Cik Kalsom juga telah menamatkan panggilan telefon mereka semasa Betty cuba menerangkan kerugian yang dihadapi oleh penjual apabila pembeli membatalkan pesanan mereka.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Video-2025-12-02-at-13.56.57.mp4

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila mendengar respons pembeli tersebut.

“Kenapa dia menengking-ngenking ni.”

“Rasanya boleh hapuskan konsep COD ni. Semak dengan pembeli macam ni.”

“Ya Rabbi! Tahap kesabaran saya senipis kulit bawang. Jangan open COD. Senang je dorang suka-suka cancel.”

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
betty rahmadbiskut kelapa che semahChe Semah
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia....

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara