Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] Wanita Luah Kecewa Temui Ulat Dalam Nasi Lemak Oriental Kopi- “Branch Mana Sis?”

by Nurul A.
July 9, 2026
Foto - @shafy.alyvia (Threads)

Foto - @shafy.alyvia (Threads)

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video pendek yang dikongsi oleh seorang wanita di platform Threads semalam, telah mengundang perhatian ramai apabila mendakwa menemui seekor ulat dalam hidangan nasi lemaknya di sebuah restoran terkemuka.

Wanita yang dikenali dengan nama Shafy Alyvia, memaparkan hidangan nasi lemak yang pada awalnya kelihatan seperti biasa. Namun ketika hidangannya hampir habis dijamah, terdapat objek yang bergerak-gerak di atas pinggannya. Jika diperhatikan dengan teliti, objek tersebut adalah seekor ulat.

“Sebabkan husband aku makan kat sini semalam, hari ni demam terus!! Seriously!! Korang nampak tak apa yang aku nampak?”

Menurut Shafy, kejadian itu berlaku di cawangan baharu Oriental Kopi yang terletak di Dataran Merdeka.

Foto – @shafy.alyvia (Threads)

Perkongsian wanita itu secara tidak langsung menuai pelbagai reaksi ramai, lebih-lebih lagi apabila restoran Oriental Kopi dikenali dengan pelbagai hidangan lazat termasuklah hidangan signature mereka iaitu Oriental Signature Nasi Lemak.

“Aritu makan nasi lemak. Atas ayam ada telur lalat setompok. Terus buang siot.”

“Hari tu makan bihun kat KLIA dah basi. Nasib baik makan dua suap saja dah rasa pelik kalau tak mesti sakit perut. Pastu dia minta tukar makanan, I pun order pan mee tapi for me tak sedap.”

“Sama macam family saya kena masa tu, adik ipar order Kopi Butter nasib dia cedok-cedok kacau air tu sekali nah jumpa lalat besar dalam cawan pakej lalat obesiti, dia baru minum seteguk.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/threadsdownloader.com_31b457-1.mp4

Di ruangan komen, rata-rata pengguna Threads menggesa restoran tersebut untuk segera menyiasat dan memperbaiki kualiti makanan mereka.

“@orientalkopi.asia tolong didik pekerja warga asing anda tentang pengendalian makanan dan kebersihan dapur lahh!”

“Alamak! Damage already done. Saya rasa pekerja warga asing sebab kebanyakan kedai yang ada masalah ini berpunca daripada pekerja warga asing. Kalau pekerja tempatan kurang isu sebab mereka tahu apa itu kebersihan.”

Walaupun belum mengeluarkan kenyataan rasmi, pihak Oriental Kopi telah menghubungi Shafy Alyvia untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi menjalankan siasatan dengan teliti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nasi lemak oriental kopioriental kopi
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bagi yang setiap hari masuk ke Suria KLCC untuk bekerja, mungkin ada satu perkara yang sudah cukup familiar,  bau makanan...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Kenapa Ada Telefon Pada Rim Tayar?”- Netizen Hairan, Rupanya Mungkin Sedang Uji Fungsi Ini

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah nampak sesuatu yang pelik di media sosial sampai kita sendiri terfikir, “Eh, dia tengah buat apa tu?”  Itulah yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Isu “Kena Kurus Naik MRT” Cetus Reaksi, MyRapidKL Minta Posting Dipadam

by Phic ARMAN
August 11, 2026

Kalau naik MRT atau LRT, pernah tak anda duduk sebelah seseorang dan rasa ruang tempat duduk agak sempit? Situasi macam...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara