Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Zarina Zainuddin Berang Dengan Servis Hospital Swasta, Apa Kes?

Pelakon ini dedah 4 jam menunggu di bahagian kecemasan untuk minta ubat anak

by Puteri Alia
June 29, 2022
via Instagram Zarina Zainuddin

via Instagram Zarina Zainuddin

Share on Facebook

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan di sebuah hospital swasta. Hal ini dikongsikan menerusi muatnaik video dirinya di sebuah hospital swasta bersama kapsyen yang menggambarkan rasa hatinya.

Tunggu 4 Jam Di Bahagian Kecemasan

Zarina mendedahkan hal ini semalam di Instagram-nya, di mana dia perlu menunggu sehingga 4 jam di hospital swasta demi mendapatkan rawatan untuk anaknya yang mengalami demam panas.

“Punyalah berejam doktor ni.. Kecemasan pun 4 jam ke.. Kesian anak saya.. Nak check doktor, kononnya pergi hospital swasta cepat ler.. Lagi lembab.. Baik aku pergi hospital besar je macam ni” Coretnya

via Instagram Zarina Zainuddin

Servis Lambat Dan Petugas Perubatan Tak Serius

Hantaran yang dikongsikan ini mendapat perhatian ramai pengikutnya di Instagram, ramai yang berkongsi pengalaman hadapi situasi yang sama.

Membaca komen-komen tersebut, Zarina berkongsi pengalamannya semasa di hospital berkenaan kepada pengikutnya diruangan komen.

“@hyzanty0505 Ya Allah, permudahkan segalanya. Saya sebab anak tengah sakit demam panas, jadi saya cuma minta jururawat tu ubat sementara menunggu. Tapi dia cakap tunggu dulu tunggu dulu, last last saya gegar pintu bilik tu..

Nak bagi ubat ke taknak ni, baru dia kelam kabut.. Ni soal nyawa, saya pergi kecemasan.. Apa guna kecemasan kalau saya kena tunggu 4 jam.. Orang hidup pun boleh mati” komennya berkongsi cerita

via Instagram Zarina Zainuddin

“@rajaazni tu lah kak, kita takut jadi apa-apa yang serius sebab tu kita pergi kecemasan.. Dia orang macam tak serius, dia boleh cakap ubat last ambil pukul berapa. Kemudian Ina cakap pukul 3 petang..

Ooo ubat lepas 6 jam baru boleh ambil.. Sebab tu saya kata sekarang dah lebih 6 jam, sekarang dah jam 11.30.. Kemudian dia masih kata tunggu ya.. Ina dah hilang akal lah kak..” komennya kepada salah seorang pengikutnya

Ada yang mengalami situasi yang sama seperti pelakon ini?

Error happened.
"Telinga Bengkak Tapi Hati Tenang" – Zarina Zainuddin Dikecam Gara-Gara Selawat Suara Sumbang
hospital swastazarina zainuddin
https://lomp.at/fbbuc
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara