• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

2 Pusat Membeli-Belah Di KL Ini Disahkan Telah Dikunjungi Pesakit Positif COVID-19

by Phic ARMAN
March 11, 2020
Via Bernama

Via Bernama

102
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita kurang baik buat penduduk sekitar Lembah Klang. Difahamkan 2 buah pusat membeli-belah terkemuka mengesahkan bahawa beberapa buah kedai dalam gedung mereka dikunjungi pelanggan yang diuji positif dijangkiti Covid-19.

Kedai-kedai yang dikunjungi adalah A-Saloon (di Melawati Mall) dan Fitness First (di IOI Mall Puchong).

Susulan dari berita tersebut, pihak pengurusan gedung telah memulakan langkah pencegahan dengan serta merta.

Via Bernama

Dalam sebuah kenyataan di Facebook, Melawati Mall melaporkan bahawa pelanggan itu telah memasuki premis pusat kecantikan, A-Saloon pada Isnin lepas (2 Mac). Kemudian pelanggan itu disahkan telah dijangkiti Covid-19.

Dalam kenyataan itu juga mengesahkan premis A-Saloon ditutup serta-merta buat sementara waktu. Pusat membeli-belah memaklumkan bahawa pembersihan mendalam dijalankan di sekitar gedung mengikut garis panduan dari pihak berkuasa kesihatan.

Via FB Melawati Mall

Pihak A-Saloon juga melaporkan bahawa semua pekerjanya sedang menjalani pemeriksaan  kesihatan yang ditetapkan dan harus menjalani kuarantin diri selama 14 hari.

Via FB A-Saloon

Pesakit Covid-19 telah berkunjung Ke Fitness First di IOI Mall Puchong

Di samping itu, kejadian serupa berlaku di pusat kecergasan Fitness First di IOI Mall Puchong. Terdahulu pada hari Isnin (9 Mac), pusat kecergasan ini telah ditutup untuk proses pembersihan setelah diberitahu bahawa seorang ahli yang diuji positif untuk Covid-19 telah berkunjung tempat tersebut dalam 2 minggu yang lalu.

Dilaporkan oleh Hype.My, Fitness First Malaysia mengesahkan bahawa mereka telah menjalankan aktiviti pembasmian kuman pada 6 Mac dan 9 Mac.

Via Hype.My

Astro Awani melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan 12 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 129 kes pada Selasa. Menurut kenyataan media PMO, kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

A-Saloon (di Melawati Mall)covid-19Fitness First (di IOI Mall Puchong)Ioi Puchong COVID-19Melawati mall
https://lomp.at/656hn
Share100Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
Budaya

Tahi Lalat Di Wajah Dan Maksud Tersiratnya Pada Personaliti Anda Agak Menarik

by Jash Lee
October 3, 2020

Tanda atau titik hitam yang terdapat pada wajah dan badan yang biasanya disebut tahi lalat atau mole. Tetapi tahukah anda bahawa...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore