Gambar Nasi Lemak Pondan yang dimuatnaik di laman sosial Twitter mendapat perhatian dan kecaman hebat oleh netizen. Ramai yang memuji kesungguhan penjual nasi lemak tersebut tetapi lebih ramai yang memberi respon mengutuk dan masing-masing memberi pendapat termasuklah mengatakan Nabi melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan juga sebaliknya.
Namun bagi pemiliknya, Jojie Kamaruddin terus bertekad mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa bukan semua pondan itu menjual diri.
Bagi saya, pondan itu sekadar nama. Saya mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa bukan semua pondan itu menjual diri atau melakukan maksiat.
Tetapi mereka juga mahu menjadi seperti orang lain yang mencari sumber pendapatan halal, misalnya saya menjual nasi lemak,
Menurut sumber dari MStar Online, Jojie kini tidak lagi mengenakan ‘make-up’ ketika berniaga selepas menerima nasihat dari orang ramai.
Ya, saya tidak lagi ‘make-up’. Kalau ada pun setakat celak dan pelembap bibir. Ini adalah perubahan diri saya selepas mengambil kira teguran dan nasihat orang ramai supaya berpenampilan lebih sopan.
Bila tak ‘make-up’, orang ingatkan saya tak sihat pula. Tapi biarlah, sebab saya nak orang datang ke gerai untuk beli nasi lemak, bukan kerana penampilan saya,
Tetapi kalau dah rezeki, memang rezeki dia juga, sebab semakin dikecam semakin laris, semakin laku. Kini perniagaan Jojie semakin memberangsangkan dan sentiasa menjadi sebutan orang ramai.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.