Ada saja bakat baru yang muncul bagi memeriahkan industri muzik tanahair Malaysia. Seperti biasa media sosial seperti laman Youtube menjadi platform untuk mempromosikan diri mereka untuk menempa nama.
Baru-baru ini sebuah muzik video menjadi tular di laman Twitter dan hangat diperkatakan. Muzik video itu menyaksikan seorang penyanyi baru yang dikenali sebagai Persia menyampai sebuah lagu cinta yang dianggap ‘songsang’.
Apa yang menjadi pertikaian di kalangan netizen adalah tentang lirik lagu dan cara penyampaian penyanyi itu. Rata-rata netizen meragui jantinanya penyanyi ini dan mendakwa penyanyi ini merupakan seorang wanita yang menyerupai lelaki atau gelaran lain ‘pengkid’.
Jom lihat video muzik yang menjadi persoalan dikalangan netizen.
Namun sehingga kini tidak dapat disahkan mengenai butir-butir diri penyanyi baru ini. Walaupun terdapat banyak spekulasi namun jangan pula ada unsur-unsur fitnah pula ya. Industri muzik sentiasa membuka peluang kepada bakat-bakat baru lebih-lebih lagi dari golongan muda.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.