Wanita yang sering dihimpit kontroversi mengenai status gender ini giat mengembangkan perniagaannya dalam bidang kecantikan. Nur Sajat pengasas produk kosmetik dan kecantikan, ‘Let’s Cantik’ ini telah membuktikan bahawa dia akan terus menempa kejayaan. Baru-baru ini Nur Sajat telah menerima Anugerah Khas Usahawan ( Butik dan Kecantikan) oleh Konsortium Niaga Global Sahabat Intelek. Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram, Nur Sajat meluahkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan ini kerana disebalik kejayaan ini, ibubapanya yang banyak memberi sokongan.
Sumber Instagram Nur Sajat
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.