” Saya tak malu, cuma ingin melepaskan ‘beban’ yang saya tanggung selama ini”
Ujar Aaron Carter menerusi akaun Twitter peribadi nya.
Aaron Carter merupakan seorang penyanyi dan adik kepada ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter. Menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter nya, Aaron Carter mengaku mula tertarik pada lelaki dan wanita ketika berusia 13 tahun lagi.
Malah ketika usianya menjangkau 17 tahun, beliau pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang membesar dan bekerja bersama nya.
Sehari selepas beliau mengaku dirinya bisexual, Aaron Carter sekali lagi mengejutkan industri hiburan antarabangsa apabila pengurus beliau mengumumkan Aaron Carter telah berpisah dan kini mereka hanya berkawan baik.
Sumber Twitter Aaron Carter
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.