Selepas ini nama Hanez Suraya mungkin akan jarang sekali kita dengar kerana pelakon ini membuat keputusan untuk berundur dari persada hiburan.
Hanez yang sebelum ini popular menerusi drama Suri dikatakan membuat keputusan berkenaan bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagannya. Sebelum ini, ura-ura menyatakan Hanez bakal berhenti berlakon dek kerana tidak muncul setelah sekian lama di mana-mana drama mahupun filem, ternyata telahan tersebut benar.
Menurut Hanez juga, keputusan ini dibuat atas permintaan suaminya malah anaknya juga masih kecil dan memerlukan perhatian yang secukupnya.
Berundur bukanlah berhenti dari segala-galanya. Walaupun tidak lagi berlakon, Hanez Suraya tekad untuk meluaskan lagi perniagaan tudungnya.
Apapun sama-sama kita doakan Hanez Suraya terus sukses dengan perniagaanya dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.