Pelbagai kes jenayah dadah terus dikaitkan dengan bekas pelakon, Benjy. 7 tahun lalu beliau telah ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah yang dipercayai diedarkan kepada artis di pertunjukan pentas.
Sembunyikan Dadah Di Bahagian Dubur
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38 telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan pada 18 April lalu kerana dipercayai menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.
https://youtu.be/1_bXYl-iTyw
Walaupun pernah ditahan sebelum ini atas tuduhan yang sama, nampaknya beliau seperti tidak serik dengan hukuman yang bakal dihadapi.
Mahkamah Daerah Medan Mahu Hukuman berat dijatuhkan kepada Benjy
Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan negara itu menunjukkan rakaman video Benjy yang dibicarakan di hadapan umum. Undang-undang di Indonesia telah menetapkan bahawa wajah penjenayah telah ditunjukkan untuk tatapan orang ramai supaya menyesali dan takut akan hukuman jenayah yang dikenakan buat setiap pesalah.
Bagi pertuduhan Benjy, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman penjara 14 tahun dan membayar denda Rp800 juta (RM250,944) dikenakan ke atas Benjy kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 Indonesia.
Sumber Tribun Medan
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.