Nama Haqiem Rusli sering kali berada di bibir peminat-peminatnya. Bukan sahaja berbakat malah dalam masa yang sama cukup berhati-hati dalam menentukan hala tuju hidupnya.

Video Muzik Pertama Di Asia Yang Mempunyai Augmented Reality (AR)

Terbaru, Haqiem Rusli meneruskan momentum beliau dalam industri hiburan dengan berkolaborasi dengan sebuah syarikat tempatan bagi menambahkan penggunaan kandungan Augmented Reality (AR) dalam lirik video muzik terbaru beliau, Jatuh Bangun.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Haqiem juga merupakan artis pertama yang menggunakan teknologi ini di Asia dan turut memperdengarkan buat julung kalinya single terbaru beliau itu di Mini Showcase dan Sambutan Ulangtahun yang ke 25 FMC di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Beli Kereta Idaman Guna Hasil Titik Peluh Sendiri

Menerusi temubual murai.my bersama penyanyi ini semalam, khabarnya beliau sudah memiliki kereta idamannya sendiri yang dibeli menggunakan wang hasil titik peluhnya selama ini.

Tambah Haqiem, jika tidak beliau hanya ingin membeli kereta biasa untuk kereta pertamanya, namun setelah mendapat nasihat ahli keluarga, akhirnya beliau memilih Mitsubishi Lancer. Menurut Haqiem, beliau merupakan seorang yang ‘low profile’ dan lebih suka berjimat. Akan datang, beliau turut meluahkan hasrat untuk membuka sebuah francais burger yang sudah lama diidamkan.

Tak Cukup Tidur Punca Gagal Di Pentas

Ketika ditanya mengenai persembahannya di pusingan separuh akhir – akhir Muzik – Muzik baru-baru ini, Haqiem tidak menolak dakwaan bahawa kononnya beliau gagal ‘menarik’ sesetengah bahagian lagunya itu.

“Saya mengaku agak sedikit penat hari itu kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Malah pada malam sebelum persembahan pun saya tidur hanya pada jam 4 pagi dan tidak cukup rehat. Apa pun saya dah buat yang terbaik dan mengharapkan peminat – peminat disana mendoakan nasib menyebelahi saya dalam pertandingan ini”

Adakah Haqiem berjaya melayakkan diri ke pentas Juara Lagu tidak lama lagi? Sama – sama kita doakan!