Satu posting terbaru yang menjadi viral di media sosial mengenai seorang lelaki dipukul dengan kejam oleh beberapa orang yang dikatakan sekumpulan pengiring diraja namun masih belum dapat disahkan identiti pesalah ini. Difahamkan lelaki ini seorang pemandu lori dan tidak sengaja melanggar sebuah kereta Mercedes semasa mengundur di Athenaeum Condo Bukit Antarabangsa Sabtu lepas.
Lelaki ini yang berusia dalam lingkungan 20an mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan kepala kerana diserang bertubi-tubi oleh sekumpulang lelaki ini. Melalui rakaman video yang sempat diambil oleh saksi kejadian memperlihatkan mangsa tidak dapat mempertahankan diri kerana sekumpulan lelaki ini bertindak agresif memukul mangsa.
Sikap tidak beri kemanusiaan ini mendapat kritikan netizen dan menyifatkan kes ini tidak patut dibiarkan dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan dengan segera.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.