Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Celine Dion Tolak Malaysia Buat Konsert Sebab Budaya Kita Indah

by Phic ARMAN
January 15, 2018
Share on Facebook

Rasanya semua pembaca murai.my sudah mengetahui Celine Dion akan mengadakan konsert sulungnya di Singapura pada 3 dan 4 Julai ini. Penyanyi berdarah Perancis dan Kanada itu bakal membuat persembahan di Grand Ballroom Marina Bay Sands.

Lebih menariknya murai.my difahamkan Celine Dion juga buat pertama kali adakan konsert di Jakarta pada 7 Julai 2018 di Sentul International Convention Center, Indonesia.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Selepas itu dia akan meneruskan kunjungannya beberapa negara buat kali pertama seperti;

  • Macao, China | Cotai Arena | 28-29 Jun 2018
  • Taipei, Taiwan | Taipei Arena | 11 & 13 Julai 2018
  • Manila, Filipina | Mall of Asia Arena | 19 Julai 2018
  • Bangkok, Thailand | IMPACT Arena | 23 Julai 2018

Bagaimana Dengan Malaysia?

Apa yang lebih menghampakan dalam senarai negara konsert di Asia Tenggara, Celine Dion tidak memilih dalam senarai persembahannya.

Nak tahu juga apa alasannya? Ok, Ini mungkin beberapa alasan dirangkumkan oleh murai.my yang di anggap boleh jadi penyebab mengapa Celine Dion tidak ke Kuala Lumpur.

1.Cukuplah Sekali Datang Malaysia

Youtube video

Ya! Dion pernah pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur semasa jelajahnya Taking Chances pada 2008. Negara yang disenaraikan di Asia Tenggara tersebut merupakan kali pertama dia hadir untuk membuat persembahan.

2. Jutawan Kosmetik Lagi Popular 

Mungkinkah Celine Dion dah tiada peminat kerana ramai orang Malaysia lebih meminati lagu berentak cathcy seperti Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri juga Nur Sajat. Ini terbukti dengan lagu single mereka telah menambat hati ramai penggemar muzik di Malaysia.

Lebih membanggakan Muzik video Abang Nak Tegur dan I Am Me telah menjadi trending nombor satu di Youtube.

Jadi apalah sangat dengan kehadiran Celine Dion di Malaysia, orang lebih sibuk nak tengok gelagat dan kecam jutawan kosmetik Malaysia.

3.Celine Dion Rungsing Cara Nak Berpakaian!

Kalau di Malaysia, pemakaian itu haruslah sopan tak boleh seksi. Celine Dion mungkin tak berfikir banyak kali untuk ke Malaysia kerana dia lebih selesa berpakaian seksi ketika membuat persembahan.

Tak mahu kes Selena Gomez berulang, jika Celine Dion hanya dibenarkan memakai seluar panjang, atau baju kurung mungkin tak boleh bertahan lama di atas pentas. Nak menari pun susah nanti!

4. Celine Dion Tak Nak Susahkan Orang Kena Buat Solat Hajat

Sebelum ini konsert Selena Gomez, #RevivalTourMalaysia di Stadium Malawati, Shah Alam ada desas-desus di sosial media mengatakan akan berlaku protes namun bernasib baik ia masih terkawal.

https://www.youtube.com/watch?v=2dAtzAG0Zdg

Umum mengetahui sebelum ini ada beberapa pihak yang melakukan protes agar konsert ini dibatalkan kerana cara pemakaian Selena yang dianggap terlalu seksi.

Malah ada juga meminta semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert Selena dibatalkan.

Jadi lebih baik Celine Dion tak perlu ke Kuala Lumpur, nanti susah-susah nak buat protes dan adakan solat hajat semata-mata nak batalkan konsertnya pulak. Betul tak?

5. Penganjur Mula Gulung Tikar

Sejak akhir-akhir ini kita banyak dengar syarikat-syarikat korporat dah gulung tikar. Jika dulu banyak syarikat-syarikat besar yang akan menaja konsert di Malaysia. Sekarang ini, balik-balik Qu Puteh, D’herbs yang banyak menaja acara hiburan. Mana yang lain?

Mana pergi semua promoter persembahan? Sudah tutup kedai, tukar perniagaan buka kedai makan?

Mustahil Celine Dion ini tiada peminat di Malaysia.  Alasan ini hanyalah sekadar ramalan murai.my dan mungkin ia benar-benar alasan Celine Dion tak mahu buat persembahan di sini.

Soalnya, kenapa begitu banyak konsert, teater atau tarian antarabangsa menjelajah rantau ini tetapi jarang ada yang datang ke Kuala Lumpur?

Batal Konsert Sudah Menjadi Hobi Penganjur

Tahun lepas telah menyaksikan banyak konsert artis antarabangsa telah dibatalkan di Malaysia. Konsert Da-Bang yang menampilkan Salman Khan yang dibatalkan saat-saat akhir, juga konsert Pitbull yang sepatutnya berlangsung pada 16 Mei tahun lepas. Lihat artikel ini.

Dituduh Menipu? Penganjur Konsert Salman Khan Di Malaysia Diserang

Cukup menghampakan apabila pihak penganjur mempermainkan hati seorang peminat tegar artis pujaan mereka. Selepas ini makin ramai penggemar muzik mula hilang kepercayaan kepada penganjur-penganjur konsert di Malaysia dan mula mencari alternatif untuk menonton konsert di luar negara.

Apa-apa pun murai.my sentiasa mengharapkan artis-artis antarabangsa dapat mengadakan persembahan di Malaysia tanpa ada sekatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
celine diondatuk seri aliff syukridatuk seri vidakonsertnur sajatSelena Gomez
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara