Jarang terlihat wanita ini muncul dalam drama atau filem namun ternyata bagi murai.my, nama Norish Karman tidak pernah luput dari ingatan peminat. Difahamkan Norish Karman kini memilih untuk menjadi penyampai berita di saluran Bernama News Channel.
Walaupun Norish jarang terdedah dengan gosip-gosip liar dalam dunia hiburan, namun dia tidak lari dengan kecaman malah pernah dituduh sebagai perampas suami. Betul ke?
Terdahulu, menerusi komen di Instagram, seorang wanita telah menuduh Norsih menganggu suaminya yang dikenali sebagai Dato Q.
Walaubagaimanapun, setelah diperiksa, wanita itu dengan nama akaun Sandra Ahmad Ali ternyata membuat akaun palsu seperti yang didedahkan oleh Norish.
Entah siapa-siapa wanita ini, mungkin ada masalah kesihatan dalaman!
Norish memberitahu dia tidak pernah merampas suami orang atau sesiapa sahaja dan menyuruh pihak yang membuat dakwaan itu menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
“Ini apa kes? Ni Apa hal main tuduh-tuduh, Buat akaun palsu ni??
agak-agaklah. Tolong tunjukkan diri tu, bukan main-main akaun palsu macam ni!”
Menurut aktres ‘Sayang Salmah’ itu, jika semua hal tersebut betul, wanita berkenaan perlu dedahkan identiti dan tidak terus berselindung menggunakan akaun palsu bagi mengesahkan segala tuduhan yang dilemparkan. Sabar ajelah Kak Norish!
Kini Bertudung
Kini Norish telah berhijab sepenuhnya pada 23 Februari lalu. Pelakon jelita ini memberitahu keputusannya berhijab dibuat apabila Allah mendengar doanya dan bapanya, Karman Sukarjo. Dia turut menegaskan, keputusannya untuk kekal dengan imej berhijab bukan disebabkan alasan perniagaan atau promosi produk.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.