Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Beddua: The Curse Papar Elemen Mengejut Terlampau Ekstrem

by Khai Azfar
October 3, 2018
Share on Facebook

Buat anda yang mengikuti filem seram terkenal dari Turki, Siccin pastikan anda tidak ketinggalan menonton filem Beddua: The Curse yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam TGV berhampiran anda bermula pada 4 Oktober ini. Semalam (Selasa), murai.my bersama pembaca bertuah kami menjadi antara yang terawal menonton filem seram ini di TGV Wangsa Walk.

Elemen Mengejut Yang Ekstrem!

Seperti mahu membalas dendam dengan impak yang diperoleh Siccin sehingga tular di seluruh dunia, kali ini menerusi Beddua, pengarahnya seolah-olah  sengaja meletakkan elemen seram dan mengejut di skala paling tinggi. Pada hemat kami permulaan filem ini agak sedikit perlahan dan mula membuatkan kami mengagak filem ini tidaklah sehebat filem seram yang lain. Namun sangkaan kami ternyata meleset, apabila satu demi satu babak seram dan mencemaskan mula ditonjolkan.

Malah boleh dikatakan ‘tidak mampu bernafas’, anda akan dikejutkan pula babak seram yang lain. Dengan sinematografi nya digarap dengan baik, paduan muzik latar yang menyeramkan dan ‘jump scare’ pula diskala maksima, suka untuk kami letakkan Beddua : The Curse sebagai filem seram terbaik 2018.

Nasihat kami, pastikan anda tidak membawa kanak-kanak, tidak mempunyai penyakit lemah jantung dan yang terakhir jadikan tandas sebagai persinggahan terlebih dahulu kerana kami percaya anda tidak mahu terkucil di dalam pawagam disaat menonton Beddua: The Curse.

Sinopsis Beddua : The Curse

Filem ini mengisahkan seorang dukun yang bernama Havel juga empat gadis muda dengan sumpahan yang mengerikan. Melek, Burcu, Eda dan Ayla adalah empat kawan sekolah.

Satu peristiwa misteri yang menimpa Melek menyebabkan rakan-rakannya yang lain turut menerima tempias tersebut. Malah mereka turut menuduh Havel adalah punca segalanya-galanya. Pelbagai misteri terus dirasai sehinggalah pada pengakhirannya Melek telah sedar sesuatu yang menjadi punca mengapa ‘sumpahan’ tersebut terpalit pada mereka.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
beddua The CurseReview filem Beddua : The CurseSinopsis Beddua : The Curse
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara