Lagu-lagu seperti All Rise, One Love dan banyak lagi didendangkan oleh kumpulan ‘boyband’, Blue begitu popular sekali di era tahun 2000. Setanding dengan Westlifedan Backstreet Boys, kumpulan Blue ini masih lagi relevan dan diminati sehingga ke hari ini.
Bakal Ke Kuala Lumpur
Pada tahun lalu, peminat terlebih dahulu ‘makan hati’ dengan melihat perkahwinan SM Faliq SM Nasimuddin dengan anak kepada Tan Sri Vincent Tan, CEO Berjaya Group, Chryseis Tan. Dalam majlis resepsi, mereka telah mengundang Blue untuk membuat persembahan. Terbaru, berita baik untuk anda kerana mereka sekali lagi bakal ke Malaysia untuk mengubati kerinduan para peminat.
Konsert Berlangsung Di Dewan Wawasan
Blue akan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi dalam konsert jelajah Asia Tenggara mereka. Malah tiket-tiket juga dijual dengan harga yang berpatutan bermula dengan RM98 sehingga RM 598.
Sebelum ini, Blue yang dianggotai Lee Ryan, Simon Webbe, Duncan James, dan Anthony Costa pernah mengumumkan akan berehat seketika sebagai kumpulan bagi memfokuskan karier solo mereka. Kini mereka kembali bersama dan akan membuat penampilan di Dewan Wawasan @ Menara PGRM, Kuala Lumpur pada 3 Mac ini. Teruja bukan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.