Selepas tularnya mengenai dua pengakhiran berbeza mengenai filem Misteri Dilaila, kini filem arahan Syafiq Yusof itu sekali lagi menjadi perbualan hangat di media sosial apabila jalan cerita filem ini dikatakan meniru sebuah filem antarabangsa berjudul Vanishing Act yang ditayangkan sekitar tahun 1986.
80% Sama?
Isu tersebut mula dipersoalkan apabila terdapat seorang netizen mendedahkan terdapat hampir 80% persamaan diantara kedua-dua buah filem ini. Antaranya adalah persamaan penggunaan watak imam/paderi , kucing/anjing dan matawang- 750 USD/RM 7 Juta.
Meskipun begitu, menerusi pendedahan lain, terdapat beberapa buah filem lain yang dikatakan mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu Teater Perancis – Piege Pour un Homme Seul(1960) dan filem Tamil yang ditayangkan pada tahun 1964, Puthiya Paravai.
#MisteriDilaila is a rip-off from #VanishingAct1986….
Almost 80% the same and the director was so proud of his "own creativity" ๐๐ฝ….. pic.twitter.com/HMp8JbnH1z
— sikit lagi ๐บ๐ฒ๐พ๐บ (@Bear_Uang89) February 25, 2019
Esma Daniel Tampil Beri Kenyataan
Dalam perkembangan lain, tertarik dengan isu tersebut pelakon dan pengarah, Esma Daniel mengeluarkan pendapatnya sendiri menerusi laman Twitter. Bagi Esma, tiada istilah tiru (copycat) dalam pengarahan sesuatu filem memandangkan kebanyakan pengarah mengambil inspirasi daripada sesebuah karya mahupun naskhah yang berjaya untuk menghasilkan sesuatu karya yang baru.
Di Malaysia pula, tiada filem seumpama Misteri Dilaila pernah dihasilkan dan Syafiq wajar diberikan pujian kerana berjaya menghasilkan filem ini. Buat anda yang tertanya mengenai persamaan filem ini, akan kami bawakan ulasan kedua-duanya tidak lama lagi!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.