Beberapa hari sebelum ini, Chatime telah memberi bayangan akan tampil dengan menu terbaharu nya tidak lama lagi. Berdasarkan bayangan tersebut, ianya dipercayai merujuk kepada variasi terbaharu Brown Sugar Milk Tea.
Perkenal Dua Menu Baharu
Seperti yang dijangka, semalam secara rasminya Chatime menerusi sebuah majlis perasmian telah memperkenalkan dua seleksi menu berasaskan Brown Sugar Milk Tea. Menariknya lagi, menu ini didatangkan dengan pilihan Sago mahupun Oatmeal bagi memberi satu citarasa yang lain dari yang lain sesuai dengan selera rakyat Malaysia.
Buat anda yang ingin mencubanya, boleh berkunjung ke cawangan Chatime berhampiran dan jangan lupa kongsikan dengan kami mengenai pengalaman anda mencuba menu terbaharu ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.