Pada Oktober tahun lalu, peminat Blackpink khususnya Lisa begitu gembira mendapat perkhabaran bahawa penyanyi itu telah dilantik oleh iQIYI,sebuah syarikat hiburan atas talian yang berpusat di China sebagai salah seorang mentor dalam rancangan realiti terbitan mereka,‘Idol Producer’.
Trending Di Twitter
Kini, Lisa sudah berada di China bagi menjayakan program itu yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah bagi menyambutnya,peminat dan para media sudah mula membanjiri perkarangan lapangan terbang bagi mengalu-alukan ketibaan penyanyi itu. Menerusi carian kami turut mendapati #WelcomeMentorLalisa turut trending di laman Twitter.
Pakaian Berharga Ratusan Ribu Ringgit
Disebalik paparan media yang merakamkan detik-detik ketibaan salah seorang anggota Blackpink itu, terdapat juga perkongsian menarik mengenai harga pakaian yang digayakan oleh Lisa ketika itu. Berikut kami tampilkan harga-harga setiap koleksi barangan dan pakaian milik Lisa.