Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Senarai 10 Bintang Hollywood Positif COVID-19 Setakat Ini

by Zaidin Albert
March 20, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sehingga artikel ini ditulis, COVID-19 telah menjangkiti sekurang-kurangnya 245,913 orang di seluruh dunia. Bukan orang biasa sahaja yang dijangkiti virus ini malah ramai selebriti, seperti atlet dan artis, di berbagai negara telah disahkan positif COVID-19.

Berikut 10 Artis Hollywood yang telah disahkan positif COVID-19, namun ada diantara mereka sudah kembali sembuh dari virus tersebut.

Tom Hanks

Pelakon terkenal Hollywood, Tom Hanks mengakui dia positif COVID-19. Melalui akaun Twitter rasminya, pelakon ini mengakui bahawa dia dan isterinya, Rita Wilson positif mendapat coronavirus semasa berada di Australia.

Tom Hanks diketahui berada di Australia kerana penggambaran filem terbarunya yang berjudul Elvis Presley.

Rita Wilson

Via Page SIx

Rita Wilson menjadi selebriti wanita pertama yang diuji positif COVID-19. Berita itu disampaikan oleh suaminya, Tom Hanks, menerusi akaun Instagramnya, Khamis (12/3). Rita dan Tom memang sedang melancong ke Australia. Pelakon berusia 63 tahun itu menemani isteri tercinta untuk tampil di Sydney Opera House.

Olga Kurylenko

View this post on Instagram

A post shared by Olga Kurylenko (@olgakurylenkoofficial)

Selepas Tom Hanks, Olga Kurylenko menjadi selebriti seterusnya terkena jangkitan COVID-19. Melalui akaun Instagramnya, Olga memberitahunya dia mengasingkan dirinya selepas disahkan positif COVID-19.

Bond Girl dalam siri Quantum of Solace dalam muat naiknya menulis bahawa dia positif dijangkiti virus Corona selepas melakukan ujian. Dia menjelaskan jika minggu lalu merasakan demam dan keletihan.

Idris Elba

Pelakon Hollywood Idris Elba membuat pengumuman mengejutkan pada hari Isnin (16/3) menerusi akaun media sosialnya. Pelakon berusia 47 tahun itu mengatakan bahawa dia positifCovid-19.

Anehnya, Idris Elba tidak mengalami simptom namun dia telah menguarantinkan dirinya di rumah selama 14 hari.

Rachel Matthews

Bintang “Frozen 2” Rachel Matthews diuji positif Covid-19. Pemegang watak Honeymaren dalam filem “Frozen 2” kemudian mendedahkan  terkena jangkitan COVID-19 pada Instagram peribadinya pada hari Isnin (16/3) .

Daniel Dae Kim

View this post on Instagram

A post shared by Daniel Dae Kim (@danieldaekim)

Pelakon Daniel Dae Kim mengesahkan dia positif Covid-19. Berita ini diumumkan melalui Instagramnya, Khamis, (19/3).

Bintang filem Netflix Always Be My Maybe berkata dia tidak mengalami apa-apa gejala. Tetapi apabila dia tiba di Hawaii, dia merasakan tekaknya gatalnya. Sebelum akhirnya dia mengalami gejala seperti sesa nafask, sakit badan, hingga demam.

Andrew Watt

Producer muzik untuk beberapa artis terkenal di dunia, Andrew Watt diuji positif COVID-19. Beliau yang telahmendedahkan semua ini melalui akaun Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by WATT (@thisiswatt)

Watt berkata, kira-kira 12 hari yang lalu dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan tubuhnya. Dia tidak boleh bangun dari tempat tidurnya dan demam. Kemudian, dia diberi ubat untuk melegakan demam. Tetapi, apa yang berlaku ialah dia berasa sejuk dan demamnya tidak reda.

Kristofer Hivju

View this post on Instagram

A post shared by Kristofer Hivju (@khivju)

Kristofer Hivju, pemegang watak Tormund dalam Game of Thrones (GoT) positif COVID-19  selepas menjalani ujian. Pelakon ini mendedahkan hal ini melalui muat naik Instagram. Dia mendedahkan, kini menjalankan kuarantin diri bersama keluarganya di Norway

Huvju menulis, dia hanya merasakan gejala ringan seperti demam. Dia kemudian merayu kepada orang ramai untuk berhati-hati kerana mungkin terdapat risiko yang tinggi jika terdedah kepada virus itu boleh membawa maut.

Indira Varma

Seorang lagi bintang Game of Thrones, juga positif COVID-19. Selepas Kristofer Hivju, kini pelakon Indira Varma yang mengesahkan dijangkiti virus Covid-19. Hivju memberitahu peminat bahawa dia hanya mengalami gejala ringan selsema, dan Hivju dan keluarganya berada dalam keadaan baik pada masa ini.

Charlotte Lawrence

Seorang penyanyi terkenal, Charlotte Lawrence, positif COVID-19. Dia mengetahui akan hal itu selepas melakukan ujian.

Penyanyi, yang berasal dari Los Angeles itu juga memberi jaminan kepada peminat bahawa keadaannya baik-baik saja. Dalam sebuah posting di akaun Instagram peribadinya, Lawrence berkata bahawa dia telah diuji positif untuk COVID-19 oleh doktor beberapa waktu lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Ejen Meghan Markle
Hollywood

Bekas Ejen Meghan Markle ‘Buka Mulut’, Dedah Apa Yang Berlaku Sepanjang Kerjayanya

by Nurul A.
October 1, 2026

Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex. Bekas...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
meadow rain walker, anak paul walker
Spotlight

Tampil Di Ulang Tahun Ke-25 “The Fast & The Furious”, Anak Paul Walker Curi Perhatian

by Nurul A.
August 21, 2026

Anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow Rain Walker menjadi tumpuan ramai selepas menghadiri tayangan filem sempena ulang tahun filem "The...

Read moreDetails
China
Spotlight

3 Sebab Kenapa Peminat Dakwa Siri Romantik China Ini “Tiru” Filem ‘Fifty Shades of Grey’

by Nurul A.
September 4, 2026

Siri drama China yang ditayangkan di Netflix, 'The Early Spring', telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sehinggakan ada...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Putera William
Spotlight

Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

by Nurul A.
August 12, 2026

Putera Wales, Putera William dilaporkan berang apabila ayahandanya, Raja Charles III dan ibu tirinya, Raja Permaisuri Camilla meminta isterinya, Kate...

Read moreDetails
Foto - @mileycyrus (IG)
Spotlight

Bekas Penyanyi Disney Dakwa Jadi Mangsa Buli Miley Cyrus

by Nurul A.
August 28, 2026

Bekas penyanyi Disney, Jordan Pruitt telah menuduh penyanyi Miley Cyrus membulinya ketika mereka masih remaja.  Dakwaan itu telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Dolly Parton
Spotlight

Ratu Muzik Country, Dolly Parton Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

by Nurul A.
August 26, 2026

Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara